House

Kebaikkan Penyusuan Ibu


Penyusuan ibu banyak kebaikkannya. Saya percaya ramai ibu-ibu di luar sana yang berazam menyusukan bayi mereka selama mana yang mungkin, tapi ramai juga yang kecundag di tengah jalan kerana kurang ilmu dalam penyusuan. Dan sememangnya saya akui, menyusukan anak tak semudah yang disangka, lebih-lebih lagi pada awal kelahiran, kerana masa itu susu masih sedikit, nipple cenderung untuk luka dan badan ibu juga masih terlalu lemah. Justeru, ibu perlu mempersiapkan diri fizikal dan mental serta perlu tahu, KENAPA DAN MENGAPA, ibu perlu kuat dan tabah untuk terus menyusukan anak secara eksklusif terutamanya pada 6 bulan pertama.

 

 

 

 

 

Pengalaman saya sendiri, anak yang tidak menyusu susu ibu memang cenderung demam setiap bulan, berbanding anak yang menyusu susu ibunya. Sistem badan lebih kuat, dan bayi sangat jarang dijangkiti penyakit. Dan sesungguhnya susu ibu itu sangat unik, kerana zat dan rasa susu berubah mengikut umur dan keperluan bayi. Saya percaya, jika setiap ibu tahu kepentingan menyusukan anaknya sendiri, insyaAllah semua ibu akan sedaya upaya menyusui anak mereka sendiri selama mungkin.

Yang pasti, ibu perlu cekal, kuat semangat dan tak mudah mengalah. Tips yang selalu saya ingatkan, kerapkan pam terutama bagi ibu yang bekerja, minum air 3L sehari, ambil pemakanan seimbang / supplement dan jangan lupa meminta pada Allah, kerana Dia juga Maha Pemberi.

Sila hubungi saya untuk konsultasi penyusuan percuma dan mengetahui maklumat lanjut tentang produk penyusuan Shaklee ~ farahshoppe@gmail.com / 019-6657 302 /add fb saya FARAH SHAKLEE

 

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

  Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.