House

Pengalaman Pertama Mengerjakan Umrah


kaabah

Alhamdulillah, Disember 2015, setahun yang lalu, saya telah diberi kesempatan untuk menjadi tetamu Allah. Pengalaman pertama menjejakkan kaki di RumahNya, hanya Allah yang tahu.. Perasaan bercampur baur, sedih, gembira, hiba, sayu, dan tak putus-putus ucapan syukur setiap kali berada di depan Kaabah.

 

Perjalanan Umrah saya bermula dengan Madinah, dan seterusnya Mekah. Kami tiba di Madinah pada 5 Disember 2015. Sebaik sahaja melihat Masjid Nabawi, hati sangat tenang, gembira, sayu, dan yang pastinya sangat kagum melihat keindahan Masjid Nabawi. MasyaAllah cantiknya Masjid Nabi.. Solat dan beribadah dalam Masjid Nabawi ni bersamaan 10 000 kali ganda pahalanya.

 

 

Masjid Nabawi

Keindahan Masjid Nabawi

 

Ada masa seperti tak percaya saya telah berada di bumi Madinah. Berada di makam baginda Rasulullah s.a.w. Berpeluang memasuki dan berdoa di Raudhah, salah satu dari taman-taman syurga.

 

Sebenarnya ketika berada di bumi Madinah, terasa dekat sangat dengan baginda Rasulullah s.a.w. Rasa cinta kepada baginda tu sangat luar biasa ketika berada di sana, ditambah lagi dengan penceritaan sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w dan para sahabat oleh mutawif yang mengiringi kami.

 

Ada masa sampai menitis air mata, Ya Allah, besar sungguh perjuangan baginda, sehinggakan dihujung sakaratul mautnya pun baginda masih menyebut ‘ummati..ummati..ummati..’ (umatku..umatku..umatku). Namun, kita ni sering terlalai, sehinggakan nak berselawat kepada junjungan baginda setiap hari pun adakalanya berperang dengan masa. Allahu Allah, bumi Madinah mengajar saya erti cinta dan kasih sebenar pada Rasulullah, kekasih Allah. Memupuk kasih dan sayang kepada para sahabat dalam memperjuangan Islam.

 

 

Masjid Nabawi

Bersama Suami..

 

Kami bertolak dari Madinah ke Mekah pada 8 Disember 2015. Walau hati sedih, menangis ketika menjalankan Ziarah Wida (mengucapkan selamat tinggal kepada Rasulullah s.a.w), namun dalam masa yang sama hati tak sabar dan berdebar untuk mengunjungi rumah Allah. Perasaan apakah ini? Hanya Allah yang tahu.. sambil bibir tak henti dibasahkan dengan salawat, istighfar dan zikir.

 

Perjalanan ke Mekah hanya mengambil masa sekitar 5 jam sahaja. Singgah bermiqat di Bir Ali untuk memasang niat umrah. Sebaik sahaja tiba di Hotel Hilton, Mekah,semerbak wangian menusuk hidung saya. Allahuakbar.. wanginya Mekah.. Benarlah kata suami saya, di Mekah semuanya wangi-wangi belaka.

 

Kami dijadualkan untuk check in ke bilik, makan malam, dan seterusnya membersihkan diri dan terus turun untuk melakukan tawaf pertama kami. Waktu itu dalam pukul 10 malam. Pertama kali melihat Masjidil Haram, masjid terbesar di dunia ini, bibir tak berhenti-henti bertakbir, bertahmid. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Dengan izinNya aku sampai ke sini, dengan kasihNya aku menjejak kaki ke sini.

 

Kaabah

 

 

Dan sebaik sahaja melihat Kaabah, hati sekali lagi meruntun sedih, sayu, gembira, air mata tak dapat ditahan-tahan lagi. Kagum melihat keindahan rumahMu ya Allah. Tak percaya, sungguh tak percaya Kaabah berada di depan mata. Kami terus menjalankan tawaf pertama kami, sungguh doa yang dibaca dalam buku umrah tu sangat meruntun hati. Masa tu hanya mengharapkan Allah mengampunkan semua dosa-dosa yang telah saya lakukan.

 

Berada di bumi Mekah ibarat manusia kerdil yang berlumba-lumba ingin memberikan ibadah yang terbaik kepadaNya. Berhimpit-himpit dan berlanggar dalam jutaan manusia semasa tawaf, mengajar erti kesabaran setulusnya. Jangan terdetik apa-apa yang tidak baik dalam hati ketika di Mekah, nanti ia akan berlaku, itu pesan ramai orang sebelum menjejak kaki di Mekah. Alhamdulillah, kota Mekah berjaya mendidik hati saya sentiasa berfikiran yang baik-baik sahaja.

 

Sebaik habis tawaf, kami terus mengerjakan saie, dan diakhiri dengan tahallul. Alhamdulillah selesai ibadah umrah pertama bagi saya, dan kedua bagi suami, lebih kurang jam 2 pagi. Lega rasa hati kerana berjaya melengkapkan semua rukun umrah. Banyak lagi tempat, ziarah yang kami lalui sepanjang berada di Mekah dan Madinah, insyaAllah saya akan ceritakan dalam artikel lain nanti ya.

 

Semoga ia memberikan menafaat kepada sahabat-sahabat yang akan mengerjakan ibadah umrah pertama kali dan saya berdoa agar sahabat-sahabat yang pergi menunaikan ibadah itu mendapat umrah yang mabrur dan mabrurah. Ingatlah bahawa pemergian insan ketanah suci itu adalah jemputan dariNya maka bersihkanlah hati dan jauhilah perkara-perkara yang boleh mensyirikkan Allah swt. Amatilah apa yang terkandung dalam lafaz kita;

Labaik Allahumma Labaaik, labaaik Laa Syarika Laka Labaaik Inal Hamda Wan Ni’mata Laka Wal Mulka La Syarikalah….

 

Wallahulam..

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 comments on “Pengalaman Pertama Mengerjakan Umrah

  1. Sebak baca entry ni..

  2. Irliyani Isa on said:

    Assalamualaikum sis, subhanallah… hampir menitiskan air mata akak baca artikel sis ni.. buatkan kak jadi bersemangat utk ke tanah suci… semoga segalanya dipermudahkan Allah… dan semoga sis akan dijemput lg menjadi tetamuNya… amin ya Rabbal ‘aalamiin…

    • Farah on said:

      Wasalam Kak Irliyani, semoga akak dijemput menjadi tetamuNya tak lama lagi, doa banyak-banyak ye kak.. In shaa Allah. Amin..

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: