House

Persediaan Menyusukan Anak Angkat


Apakah persediaan menyusukan anak angkat?

 

Ramai ibu-ibu yang tidak dapat melahirkan zuriat sendiri, teruja apabila menerima berita bakal dapat anak angkat. Tak sabar dengan kehadiran si comel dan berazam mahu menyusukan sendiri anak tersebut supaya dapat menjadikannya mahram dan merapatkan hubungan kasih sayang ibu dan anak tanpa ada sebarang jurang.

 

Namun, tak ramai yang tahu apa persediaan menyusukan anak angkat ini.

 

Mari kita lihat apa persediaan menyusukan anak angkat yang boleh ibu-ibu lakukan.

 

Secara umumnya, ada 2 cara untuk ibu-ibu membuat persediaan menyusukan anak angkat. Sama ada melalui cara semulajadi atau dengan bantuan hormon.

 

KAEDAH 1 – KAEDAH SEMULAJADI YANG DIKENALI SEBAGAI “BASIC PUMPING PROTOCOL”

  • Melalui kaedah ini tiada penggunaan hormon digunakan untuk mencetuskan penyusuan
  • Persediaan menyusukan anak angkat perlu dimulakan sebelum 1 ke 2 bulan bayi dilahirkan.
  • Caranya, 2 minggu pertama ibu hendaklah memulakan rangsangan pengeluaran susu dengan cara mengurut payudara selama 10 minit sebanyak 8-10 kali sehari
  • Selepas 2 minggu, gunakan pula pam susu elektrik selama 20 minit pada setiap payudara, sebanyak 8-10 kali sehari. Lebih kurang 3-4 jam sekali hendaklah di pam.
  • Pastikan puting payudara terletak betul-betul di tengah corong bagi mengelakkan puting melecet. Sedikit krim lanolin boleh disapukan supaya berasa lebih selesa

 

KAEDAH 2 – MENGGUNAKAN HORMON

  • 6 bulan sebelum kelahiran bayi anda boleh terus berjumpa doktor untuk mengetahui apa ubat terbaik untuk mencetuskan penyusuan
  • Lazimnya doktor akan memulakan proses mencetuskan susu ini seawal mungkin, iaitu 6 bulan sebelum. Antara ubat yang akan disyorkan ialah pil perancang Yasmin dan Domperidone.
  • Tujuan penggunaan hormon pil perancang dan ubat Domperidone adalah untuk meng’simulasikan’ proses semulajadi kehamilan dan mengeluaran susu bagi ibu-ibu angkat tersebut. Pastikan yang anda sesuai untuk mengambil pil perancang dengan berbincang dengan doktor anda. Ada ubat alternatif lain bagi wanita yang tidak boleh mengambil pil perancang yang turut dikenali sebagai ‘combined oral contraceptive pil’.
  • Sebulan sebelum anda mendapat anak angkat, mulakan pula rangsangan “Basic Pumping Protocol” seperti di atas. Mulai dengan mengurut payudara sendiri diikuti dengan pam elektrik. Susu akan mula kelihatan dihasilkan selepas 1-4 minggu rangsangan dimulakan.
  • Jika tidak berjaya juga, anda patut memikirkan untuk menambah suplement penyusuan pula dalam persediaan penyusuan anda.

 

SUPLEMEN PENYUSUAN

 

Sejujurnya, menyusukan anak angkat adalah sesuatu yang “tough” sebenarnya, tapi tidak mustahil. Jadi ibu-ibu haruslah bersedia mental dan fizikal untuk mengadakan susu itu. Kebanyakkan ibu-ibu yang saya jumpa sangat mudah berputus asa dan tidak sanggup untuk mengepam 3-4 jam sekali, walaupun itu adalah antara “pra-syarat” untuk menjayakan penyusuan anda.

 

Alasannya, saya bekerja, saya tak ada masa nak pam, letih, balik kerja dah penat. Nah, di sinilah fungsinya suplemen penyusuan, kerana kini anda bukan lagi berdua dengan suami, tetapi ada insan comel yang bergantung harap pada anda.

 

Jadi, untuk bakal-bakal ibu, saya sarankan ambillah Set Penyusuan Optimum yang terdiri dari 4 vitamin iaitu:

  1. Vitalea – Merupakan multivitamin yang membekalkan zat-zat perlu supaya ibu dapat salurkan nutrisi yang baik dan berkhasiat kepada bayi melalui susu ibu. Vitalea juga berfungsi memberi tenaga kepada ibu dan membantu mengurangkan masalah mudah letih dan lesu.
  2. ESP – Merupakan MILKBOOSTER TERBAIK yang wajib dimiliki oleh ibu-ibu yang ingin mencetuskan penyusuan. Diperbuat dari pada protein soya berteknologi tinggi dan membantu kesihatan ibu dan bayi.
  3. Ostematrix – Merupakan kalsium, sekaligus bertindak sebagai milkbooster juga. Dalam susu ibu, terdapat kalsium yang akan disalurkan kepada bayi. Jika badan ibu tak cukup kalsium, bagaimana nak menghasilkan dan membekalkan susu secukupnya pada bayi?
  4. Alfalfa – Milkbooster “Raja Segala Tumbuhan” yang memberi effect terbaik selepas ESP. Dan membantu mengurangkan sakit sendi, keputihan, merapatkan dan banyak khasiat lain untuk menyelesaikan masalah wanita.

 

Dan, tips TERPENTING, ibu-ibu hendaklah minum air kosong yang banyak iaitu sekurang-kurangnya 3L sehari, dan memastikan MINDA ibu dalam keadaan positif. Ajar otak dan minda kita untuk yakin bahawa kita mampu menghasilkan susu untuk anak angkat kita ini.

 

Ini kerana, hormon penyusuan dicetuskan dari otak kita. Jika otak mengatakan tak boleh, hampir pasti kita tak dapat menghasilkan susu walaupun kita berusaha segigihnya. So ibu-ibu, kawal cara kita berfikir ya..

 

Dan, jangan lupa berdoa banyak-banyak. Minta pada Allah untuk berikan kita kekuatan dan berikan kita rezeki yang banyak untuk anak kita ini. 

 

Mudah-mudahan anda dapat sedikit sebanyak tips dan ilmu tentang persediaan menyusukan anak angkat ini. Lebih banyak tips penyusuan boleh dilihat DI SINI

 

Dan lebih banyak TESTIMONI Suplemen Penyusuan boleh dilihat DI SINI

 

Call / Whatsupp: 019-6657 302

Email: farahshoppe@gmail.com

Add Fb saya: Farah Alias Biz untuk chatting secara langsung dengan saya

Klik Like di FanPage saya: MommyIskandar

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..

 

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar

 

Rujukan:

1) Dr. NatashaNor

2) Ehomemakers

3) UtusanOnline

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: