House

Rawatan Penyakit Kaki, Tangan Dan Mulut (HFMD)


Seperti yang dijanjikan pada artikel sebelumnya, hari ni saya nak share rawatan penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) dan apa yang saya berikan pada anak saya semasa anak saya dijangkiti HFMD ini.

 

Secara asasnya Penyakit Kaki, Tangan Dan Mulut (HFMD) biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.

Biasanya doktor akan memberikan ubat untuk menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan. Pesakit perlu minum air yang banyak dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.

ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.

Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain. Jika pesakit kelihatan sangat lemah, demam tinggi melebihi 4 hari dan tidak boleh langsung makan atau minum air, perlu di bawa segera ke hospital kerana bimbang berlaku dehidrasi atau jangkitan ke bahagian otak. 

 

Cerita Anak Kami

Rawatan Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD)Rawata Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

 

Saya ke Johor Bahru semasa menyedari anak saya dijangkitiHFMD. Itupun saya sedar pada pukul 11 malam pada hari pertama kami bermalam di sana. Pada mulanya saya ingatkan hanya ulcer di bibir yang ada di bahagian dalam bibir Arif, namun tak lama selepas tu tumbuh pula bintik-bintik kecil di sekeliling bahagian luar mulutnya.

 

 

 

Tak sedap hati, cepat-cepat saya cek tangan Arif. Ternampak bintik-bintik kecil. Cek pula kaki dia, ada bintik yang sama. Hati dah berdebar-debar, takkan lah kena HFMD sebab anak-anak saya semua saya jaga sendiri. Tapi tak mustahil pun kan.

 

Segera saya bancuh Mealshake dengan dos yang agak tinggi campur dalam susu bagi meningkatkan sistem imunisasi Arif. Pada masa tu Arif dah nampak tak selesa. Nampak letih dan lebih banyak diam. Segera saya ambil Herbal Blend Cream iaitu multipurpose cream Shaklee yang sangat mujarab. Niat saya mudah-mudahan cream ni dapatlah melegakan bintik-bintik dan lepuh-lepuh kecil yang tumbuh di kaki dan tangannya. Nak bawa ke hospital dah malam sangat dan kami pun tak tahu jalan.

 

Sepanjang malam Arif merengak-rengek tak dapat tidur. Susu dia semua bancuh bersama Mealshake. Sekejap-sekejap saya sapukan Herbal blend cream pada sekitar mulut, kaki dan tangannya. Sambil memeluknya, dapatlah dia tidur sekejap-sekejap, tapi memang tak nyenyak.

 

Esoknya 7.30 pagi saya ada seminar sampailah 6 petang. Habis seminar kami terus mencari klinik untuk cek Arif. Malangnya semua klinik tutup di kawasan tersebut. Terlupa hari Sabtu di JB sama dengan hari Ahad di KL. So semua klinik tutup. Nak tak nak, terpaksalah rawat Arif dengan Shaklee je, sementara tunggu balik KL.

 

So misi Mealshake diberikan secara berterusan pada setiap susu Arif. Herbal blend juga disapu sekerap mungkin, lebih kurang sejam sekali. Cara lain, kami paksa dia minum banyak air, beli air kotak soya, milo dan apa-apa minuman yang dia suka. Janji dia minum, sebab dalam keadaan begini kami perlu pastikan dia tidak mengalami dehidrasi.

 

Alhamdulillah, malam kedua lepuhan di sekitar kaki, tangan dan mulut nampak menyusut dan semakin kecil. Hati ibu saya dah sedikit lega. Namun, Mealshake dan herbal blend cream masih diteruskan bagi melawan virus-virus yang menjangkiti anak saya. Malam kedua Arif dah boleh tidur lena.

 

Masuk hari ke-3 kami dah nak bertolak pulang ke KL. Dan Alhamdulillah lepuhan kecil dah semakin berkurang, ulcer di mulut pun dah hampir tiada. Memandangkan simptom HFMD dah semakin sembuh dan anak saya dah semakin aktif, jadi kami mengambil keputusan tak perlulah bawa ke klinik lagi. Rupanya ada hikmah juga semua klinik di JB tutup, sebab kami sendiri dapat merasai keajaiban produk-produk Shaklee ni. Rawatan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) Arif hanya dengan mengamalkan Shaklee secara intensif.

 

Bagi anda di luar sana yang anak mengalami HFMD, sebaiknya bawaklah anak ke klinik untuk rawatan. Namun, doktor hanya memberikan ubat demam, ubat tahan sakit dan juga ubat sapu. Sebagai alternatif, ambillah Mealshakes Shaklee dan Herbal Blend Cream sebagai tambahan supaya anak kita cepat sihat dan tidak melarat.

 

Nak tau cara makan / dos paling tepat untuk anak yang dijangkiti HFMD? Beli 2 produk ini dengan saya, dan anda akan diberi konsultasi secara PERCUMA. Untuk yang berurusan dengan kami sahaja ya!

 

Call / Whatsupp: 019-6657 302

Email: farahshoppe@gmail.com

Add Fb saya: Farah Alias Biz untuk chatting secara langsung dengan saya

Klik Like di FanPage saya: MommyIskandar

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..

 

Nak tahu lebih detail tentang Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD) ni, boleh klik DI SINI

 

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar

 

Rujukan

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

  Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.