House

Penyakit Kaki, Tangan Dan Mulut (HFMD)


Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD)

 

Apakah HFMD?

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.

 

Punca HFMD

Penyakit Kaki, Tangan Dan Mulut (HFMD) disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti. Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.

 

Penyakit Kaki, Tangan Dan Mulut (HFMD) selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain

 

Tanda dan Gejala:

Ciri-ciri klinikal termasuk:

  • Demam
  • Sakit Tekak
  • Ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 – 7 mm) pada tangan, pergelangan tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan

 

Komplikasi

  • Penyakit Kaki, Tangan Dan Mulut (HFMD) merupakan penyakit berjangkit sederhana. Dr. Mazidah menjelaskan, komplikasi biasanya disebabkan oleh kekeringan air dalam badan atau dehidrasi apabila kanak-kanak yang mendapat ulser mulut tidak boleh makan dan minum.
  • Virus enterovirus juga menyasarkan sistem saraf, otak dan jantung mangsa menyebabkan radang otak meningitis dan inflamasi serta keradangan otot jantung (miokarditis).
  • Kemungkinan juga berlakunya sawan berikutan demam panas. Kesemua komplikasi ini sangat berbahaya dan boleh membawa maut.

 

Rawatan:

Penyakit Kaki, Tangan Dan Mulut (HFMD) biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.

 

Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.

 

ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.

 

Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.

Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?

– Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah
– Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik
– Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari
– Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
– Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.

 

Langkah-langkah pencegahan

  • Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala HFMD mestilah dibawa berjumpa doktor secepat mungkin
  • Jangan bawa anak anda ke tempat awam seperti pasar raya, pusat membeli-belah, kolam renang awam, sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak dan lain-lain
  • Anda mestilah lebih berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan makanan dan selepas keluar dari tandas. Basuhlah tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas
  • Basuhlah tangan anda selalu terutamanya selepas menyalin lampin
  • Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan menggunakan pencuci
  • Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin
  • Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi, pakaian dan sebagainya
  • Elakkan diri daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian
  • Elakkan diri daripada mendekati pesakit HFMD
  • Kanak-kanak yang dijangkiti HFMD tidak dibenarkan mengikuti program di pusat penjagaan kanak-kanak, sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain
  • Berikan rawatan di rumah untuk kes yang tidak disyaki penyakit HFMD tetapi jika anda nampak tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan doktor
  • Jika demam anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat, segera berjumpa doktor semula
  • Jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mukus kering, turun berat badan, meragam, keletihan, kurang air kencing atau air kencing berwarna gelap), segera berjumpa doktor
  • Kawasan di Malaysia yang mempunyai populasi terbesar terutamanya kawasan luar bandar, tidak dibenarkan merawat sendiri menggunakan ubatan traditional bimbang ia semakin merebak

 

Saya juga pernah mengalami anak dijangkiti HFMD. Alhamdulillah, anak saya sembuh dan sihat semula dalam masa 3 hari dengan bantuan suplement Shaklee. Boleh klik DI SINI untuk baca cerita sepenuhnya ya.

 

Sumber Rujukan:

1) Gov.my

2) Kem. Kesihatan Msia

3) UtusanOnline

4) Dr Azwan

5) Dr Zubaidi

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: