House

Punca dan Cara Mengatasi Bengkak Kaki Semasa Hamil


Bengkak kaki semasa hamil

Bengkak kaki adalah perkara biasa di kalangan ibu hamil. Ini kerana semasa mengandung, badan ibu menghasilkan lebih kurang 50% lebih darah dan cecair badan daripada biasa, untuk menyokong perkembangan bayi.

 

Bengkak kaki yang dikenali juga sebagai edema. Selain sering berlaku di bahagian kaki, ia juga berlaku di bahagian lain badan seperti tangan dan muka. Jom kita lihat punca dan cara mengatasi bengkak kaki semasa hamil ini.

 

Apakah Punca Bengkak Kaki Berlaku?

 

Bengkak kaki semasa hamil mula berlaku bermula pada kehamilan 5 bulan, dan akan meningkat di trisemester ketiga.

 

Antara punca yang menyebabkan bengkak kaki ialah:

  • Berdiri terlalu lama
  • Duduk terlalu lama
  • Melakukan sesuatu aktiviti tertentu terlalu lama
  • Pengambilan kafein yang tinggi
  • Pengambilan sodium atau garam yang tinggi
  • Cuaca yang terlalu panas

 

Pembengkakkan kaki dan tangan secara berkala dan sedikit adalah normal. Namun, jika tiba-tiba anda mengalami bengkak muka dan tangan dengan cepat dan teruk, anda dinasihatkan berjumpa doktor, kerana bimbang ia petanda preklampsia

 

Bagaimana Cara Mengatasi Bengkak Kaki Semasa Hamil Ini?

 

  • Elakkan berdiri dalam jangka masa yang lama
  • Kurangkan aktiviti di luar apabila cuaca panas
  • Berbaring dengan keadaan kaki ditinggikan dari badan. (Letak satu ke dua bantal di kaki semasa tidur atau rehat)

cara mengatasi bengkak kaki

 

  • Pakai pakaian yang longgar terutama di bahagian kaki dan tangan
  • Pakai kasut yang selesa, elakkan tumit tinggi
  • Tuam kawasan bengkak dengan pad yang sejuk
  • Berenang di dalam kolam
  • Minum banyak air, untuk mengurangkan retensi air yang sedang berlaku dalam badan
  • Kurangkan pengambilan kafein
  • Kurangkan pengambilan garam dalam makanan
  • Amalkan suplemen Omega Guard Shaklee yang membantu mengurangkan masalah bengkak kaki ini

 

Omega Guard

Omega Guard merupakan minyak ikan terbaik yang dicadangkan oleh para doktor sebagai vitamin prenatal untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan. Namun, Omega Guard juga mempunyai kesan anti-inflamasi, di mana ia membantu bengkak kaki yang dialami oleh ibu hamil. Selain bagus untuk perkembangan otak bayi, ibu juga kurang menderita bengkak kaki. Tak salahkan mencuba?

 

Untuk melihat Omega Guard lebih lanjut, boleh klik DI SINI

 

Untuk pembelian Omega Guard, anda boleh menghubungi saya seperti berikut:

Call : 019-6657 302

Whatsapp: http://www.wasap.my/60196657302

Email: farahshoppe@gmail.com

Add Fb saya: Farah Alias untuk chatting secara langsung dengan saya

Klik Like di FanPage saya: MommyIskandar

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..

Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila kilk DI SINI

 

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: