House

Resepi Laksa Johor Mudah dan Sedap


resepi laksa johor mudah dan sedap

Assalamualaikum.. baru-baru ni saya ada mencuba resepi laksa Johor yang mudah dan sedap. Murah juga! Itu paling penting, sebab dalam keadaan kita PKP ni tak boleh boros.. kena berjimat cermat kan..

 

Resepi Laksa Johor yang mudah dan sedap ni hanya menggunakan rencah utama, satu tin sardin kecik tu dan udang kering. Pada saya memang murah dan mudah sangat, sebab biasa saya buat Laksa Johor di kampung, memang terasa mahal bahan-bahannya. Ye lah, ikan tenggiri paling kurang seekor dah pasti, belum kira ikan masin kurau buat penyedap rasa dan lain-lain bahan lagi. 

 

Tapi melihatkan bahan-bahannya mudah dan sedap, saya tergerak hati nak mencuba. Pertama kali masak Laksa Johor, hasil dia memang sedap sangat. Eh bukan sendiri puji, anak-anak pun puji tau. hehe.. 

 

okay jom mak-mak kita buat Laksa Johor sendiri. Yang paling penting sedap, murah dan senang nak buat. Kalau nanti ada tetamu datang pun, boleh je kita buat sebab bahannya yang senang dan cepat. Resepi ni saya dapat di Fb tapi saya dah ubahsuai sedikit mengikut tekak sendiri.

 

resepi laksa johor mudah dan sedap

 

Resepi Laksa Johor Mudah dan Sedap

 

Bahan-bahannya:

Bawang besar – 1/2 biji

Bawang putih – 2 ulas

Cili boh – 1 sudu besar

Serbuk kari ikan – 5 sudu besar

Ikan Sardin tin kecil (saya pakai ayam brand)

Udang kering satu peket kecil (dalam 25 g atau segenggam)

Santan 1 .5 kotak

Kerisik – 6 sudu besar

Spagetti – 1 peket

Timun 

Limau kasturi

Sedikit asam jawa

 

Cara-cara memasak:

  1. Rendam udang kering sekejap, kemudian tumbuk sampai hancur. Kemudian  tumbukkan pula ikan sardin sampai hancur dan campurkan keduanya dalam 1 mangkuk. Ketepikan.
  2. Panaskan kuali. Tumiskan bawang putih dan bawang besar yang telah ditumbuk, hingga sampai naik bau.
  3. Masukkan serbuk kari dan cili boh, tumis sampai pecah minyak. 
  4. Campurkan sekali kuah sardin dalam kuali. Tumis semuanya sampai betul-betul pecah minyak dan warna berubah warna merah pekat
  5. Kemudian masukkan sardin dan udang kering yang dah ditumbuk tadi
  6. Kemudian masukkan santan dalam satu setengah kotak. Kalau nak pekat, memadai 1 kotak je.
  7. Seterusnya masukkan campuran ikan sardin dan udang kering tadi, kacau sebati.
  8. Masukkan 3 tin air ikan sardin. Jika nak pekat, 2 tin air dah memadai. Tapi saya campur 3 tin lebih sebab anak ramai, jadi puasla makan kuahnya nanti. hehe
  9. Masukkan 6 sudu besar kerisik, garam, sedikit gula dan saya tambahkan juga sedikit air asam jawa untuk hilangkan bau hanyir ikan sardin kita tu. 
  10. Masak lagi sampai sebati, dan sesuaikan kepekatannya dengan adjust santan dan air mengikut selera anda ya. 
  11. Taddaaa siap! 30 minit dah boleh makan Laksa Johor ni tau!

 

Eh lupa pula.. sementara masak kuah ni, jangan lupa rebus spagetti tuu.. letak sedikit minyak supaya dia tak melekat dan rebus sampai lembut. Tips spagetti tak nak melekat masa dah sejuk nanti ialah, bila angkat spagetti tu, tapis dan lalukan bawah air. Baru dia cantik elok tak melekat. 

 

Sebab saya cairkan sedikit kuahnya, tapi bagi saya masih elok kepekatannya, jadi cukup untuk 1 spagetti. Petang tu spagetti habis, saya tambah lagi rebus setengah peket spagetti lagi. Kiranya dengan bermodalkan 1 tin sardin kecik dan udang kering serta santan, dapat makan sarapan dan minum petang, memang berbaloi sangat rasanya. Kalau beli pun, sepinggan paling kurang rm 7-8 juga kan. Ini boleh makan banyak kali, puas makan 🙂

 

Oh ya, Laksa Johor kawww sangat kalau dimakan dengan sambal belacan. Potong timun dan limau kasturi, tak toleh kiri kanan dah bila makan. hehe

 

Selamat mencuba!

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Call Now Button Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: