House

Tanda-Tanda Awal Kehamilan


tanda-tanda awal kehamilan

Dalam artikel yang lepas saya ada berkongsi tips cepat hamil. Bagi ibu-ibu yang mengamalkan tips tersebut, mesti nak tahu pula tanda-tanda awal kehamilan kan. Mana tau ada rezeki pula dalam masa terdekat. Mesti berbunga-bunga hati. Mari kita lihat beberapa tanda-tanda awal kehamilan di kalangan ibu hamil.

 

  1. Haid Tidak Datang

Tanda paling ketara ialah haid yang lambat. Lazimnya selepas 3 hari lewat haid, anda bolehlah membeli ‘pregnancy kit' di farmasi untuk melihat sama ada anda positif hamil atau tidak. Namun, jika anda tidak mempunyai haid yang teratur setiap bulan, eloklah membiarkan beberapa hari dulu supaya tidak kecewa menanti.

 

Bagi ibu yang membuat pemeriksaan sendiri di rumah dan mendapati ujian positif, bolehlah berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya dan mendapatkan acid folic bagi tumbesaran bayi. Namun saya memilih B Complex Shaklee yang juga mempunyai acid folic, selain membekalkan tenaga bagi ibu hamil.

 

 

 

2. Keletihan Melampau

Ibu-ibu akan merasai keletihan melampau, badan lesu dan cepat letih walau tidak melakukan kerja berat. Ini menandakan badan ibu sedang bekerja dua kali ganda untuk menyokong pertumbuhan fetus.

 

Selain itu peningkatan hormon progesteron juga menyebabkan ibu mudah berasa letih dan penat dalam aktiviti seharian. Ada juga yang rasa ingin berbaring dan bermalas-malasan je sepanjang hari. Encik suami janganlah pula kata isteri mengada-mengada ya.. kerana sesuatu sedang berkembang dalam tubuh cik puan isteri tu..

 

 

3. Mual dan Muntah

50% ibu hamil akan mengalami mual dan muntah di waktu pagi. Namun ada juga yang mengalaminya sepanjang hari pada awal 3-4 bulan pertama kelahiran.

 

Beruntung sangat ibu-ibu hamil yang tidak mengalami simptom mual dan muntah ni. Lain kehamilan lain ragamnya kan.. Namun pengalaman saya sepanjang kehamilan, keempat-empat anak saya semua mengalami muntah dan dehidrasi yang teruk. Nasihat saya pada ibu hamil, jangan tunggu sehingga badan hilang air baru nak berjumpa doktor.

 

Jika muntah terlalu kerap dalam masa sehari, eloklah berjumpa doktor supaya dehidrasi badan tidak terus berlaku.

 

morning sickness

 

4.  Alahan Terhadap Makanan

Berikutan mual yang dialami, ramai ibu hamil akan alah terhadap beberapa makanan. Boleh jadi makanan kesukaannya sebelum ni terus jadi makanan yang tak boleh dihidu langsung. Boleh jadi juga makanan yang dia tak suka, tiba-tiba jadi suka pula.

 

Alahan makanan berbeza-beza. Jadi jangan hairan ragam ibu mengandung ni memang macam-macam. Suami dan keluarga kena banyak bersabar ya.

 

 

 

5. Payudara Menjadi Tegang dan Sensitif

Ini juga ialah salah satu petanda kehamilan sedang berlaku. Payudara akan berubah dan terasa berat dan nyeri sepanjang kehamilan. Ini kerana saluran darah akan mula berubah dan membesar akaibat perubahan hormon. Payudara akan semakin membesar apabila usia kehamilan semakin meningkat.

 

Bagi ibu yang sedang menyusu, puting akan menjadi lebih sensitif dan sakit ketika anak menyusu. Lazimnya susu juga akan berkurang dengan mendadak apabila anda hamil. Sebab ini jugalah kenapa ramai ibu menghentikan penyusuan ketika hamil, kerana payudara berasa sakit dan tidak selesa menyusukan anak apabila hamil.

 

 

 

6. Pendarahan Atau Kekejangan Akibat Implantasi

Ada juga ibu-ibu yang mendapati mengalami sedikit pendarahan selepas ovulasi. Ramai menyangkakan akan bermulanya haid, namun sebenarnya ia adalah pendarahan implantasi yang berlaku disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Tompk-tompok darah ni kelihatan berwarna merah jambu atau coklat.

 

Ketika ini sedikit pendarahan adalah normal dan tidak merbahaya. Biasanya ibu akan berasa sedikit kejang atau cramp di bahagian rahim atau perut.

 

pendarahan awal kelahiran

 

 

6 tanda-tanda awal kelahiran di atas merupakan antara tanda mudah untuk mengenalpasti kehamilan. Namun untuk kepastian, suami dan isteri segeralah bertemu doktor untuk kepastian. Semoga penantian anda menginginkan cahaya mata menjadi kenyataan..

 

Bagi yang masih belum ada rezeki, boleh lah terus mencuba tanpa putus asa. Banyakkan berdoa, dan jika mahu mencuba Set Kesuburan Shaklee, boleh klik DI SINI ya.

 

Untuk ibu yang berjaya hamil. boleh juga dapatkan vitamin PRENATAL DI SINI. Kelebihan vitamin ini membantu ibu kekal bertenaga, mengurangkan morning sickness dan membekalkan asid folik secukupnya untuk perkembangan bayi.

 

Selamat menempuhi alam kehamilan yang sangat manis buat semua ibu-ibu yang disahkan hamil. Awal-awal memanglah mabuk teruk, namun itulah perjalanan manis yang akan kita kenang kemudian hari. Jaga diri mommies semua!

 

Untuk mendapatkan produk Shaklee bagi kesihatan anda sekeluarga, sila hubungi saya ya

Call / Whatsupp: 019-6657 302

Email: farahshoppe@gmail.com

Add Fb saya: Farah Alias untuk chatting secara langsung dengan saya

Klik Like di FanPage saya: MommyIskandar

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..

COD Sekitar Gombak, Pos Laju Seluruh Malaysia

Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila kilk DI SINI

 

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: