9 Tips Cepat Hamil
9 tips cepat hamil. Keinginan menimang cahaya mata pasti dirasakan oleh pasangan yang telah berumahtangga. Sunyi rasanya hidup tanpa gelak dan tangis anak kan? Apa yang pasti wanita yang ingin hamil, hendaklah mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk meningkatkan kesuburan bagi memudahkan kehamilan berlaku.
Namun perkara pertama yang paling penting sekali untuk wanita yang ingin mengandung, dia mestilah tau secara spesifik kitar haidnya. Dengan mengetahui kitar haid, barulah mudah untuknya merancang bila perhubungan intim dapat dilakukan pada masa yang paling tepat.
Berikut Ialah 9 Tips Cepat Hamil Yang Boleh Diamalkan:
1) Rekod Kitar Haid Dengan Kerap
Wanita yang ingin hamil mesti merekodkan bila tarikh haidnya yang pertama pada setiap bulan. Dengan ini dapat diketahui kitaran haidnya setiap bulan. Wanita normal biasanya akan datang bulan dalam masa 28 ke 30 hari. Namun ada juga yang mengambil masa 25 hari.
Mengapa perlu ketahui kitaran haid ni? Supaya mudah untuk kita menganggarkan bilakah waktu subur bagi seorang wanita jika kitar haidnya setiap bulan normal.
Lazimnya, waktu subur tempohnya adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama kita didatangi haid pada kitaran seterusnya atau bulan berikutnya.
Misalnya, jika tempoh haid kita adalah 28 hari, justeru waktu subur adalah:
28 hari – 14 hari = 14 hari. Hari ke 14 adalah waktu paling subur.
Jika tempoh haid bulan tersebut adalah 30 hari:
30 hari – 14 hari = 16 hari. Hari ke 16 adalah waktu subur.
Jika tempoh haid bulan tersebut adalah 33 hari:
33 hari – 14 hari = 19 hari. Hari ke 19 adalah waktu subur wanita.
Ovulasi ialah keadaan di mana telur wanita dilepaskan dari salah satu ovari anda. Keadaan ini dinamakan keadaaan yang paling subur bagi seorang wanita. Namun begitu, telur wanita hanya boleh hidup dalam masa 12-24 jam sahaja, manakala sperma boleh hidup selama 6 hari.
Oleh itu, penting untuk wanita mengetahui masa suburnya, supaya dalam melakukan hubungan intim dalam masa yang diketahui subur itu.
2) Kenali Petanda Ovulasi
Cara yang paling mudah untuk mengetahui bilakah ovulasi ialah dengan mengira kitar haid seperti yang dinyatakan di atas, namun ada beberapa petanda lain anda sedang subur ialah:
- Servikal mukus di miss V anda meningkat, Anda akan dapati mukus menjadi lebih anjal, licin dan putih. Ia akan kelihatan seperti putih telur yang mentah.
- Kehadiran mukus pekat ini akan melindungi sperma dan membantu mempercepatkan perjalanan sperma masuk ke dalam uterus. Ia juga menjadi petanda peningkatan hormon estrogen dalam badan anda dan anda telah menghampiri ovulasi.
- Suhu badan wanita akan lebih tinggi dari biasa apabila menghampiri ovulasi
- Ada wanita yang akan mengalami sakit pinggang ketika ovulasi
- Keinginan terhadap seks meningkat
3) Mengadakan Hubungan Intim Selang Sehari Pada Waktu Subur
Diketahui ada 6 hari waktu subur pada setiap bulan. Jadi dicadangkan untuk pasangan suami isteri mengadakan hubungan intim selang sehari pada waktu-waktu subur ini.
Dan ada juga kajian yang menyatakan, kehamilan boleh berlaku jika hubungan intim dilakukan 2 hari sebelum ovulasi berlaku. Suami dan isteri bolehlah mencuba cara ini.. kenali bilakah ovulasi, dan lakukan hubungan intim 2 hari sebelumnya, dan selang sehari pada masa lain kesuburan itu.
Cuba elak menggunakan pelincir vagina, kerana difahamkan ia mengurangkan keaktifan sperma. Atau dapatkan nasihat doktor mana yang terbaik.
4) Dapatkan Berat Badan Yang Ideal
Wanita yang terlalu kurus atau terlalu gemuk boleh menyukarkan kehamilan berlaku.
Kajian menunjukkan wanita yang mempunyai berlebihan berat badan (BMI lebih 35) akan sukar hamil 2x ganda dari wanita yang mempunyai berat badan normal. Ini kerana badan akan menghasilkan hormon estrogen yang berlebihan, yang akan mengganggu ovulasi.
Manakala wanita yang mengalami berat badan yang terlalu kurus pula (BMI kurang dari 19), berisiko sukar hamil 4x ganda dari waanita yang mempunyai BMI normal. Wanita yang terlalu kurus lazimnya tidak mempunyai kitar haid yang normal dan berisiko tidak berovulasi.
5) Pengambilan Vitamin PraNatal
Wanita yang ingin mengandung disarankan mengambil vitamin untuk menyiapkan dirinya sebelum kehamilan. Sebaiknya vitamin prenatal ini diambil 4 bulan sebelum hamil, atau sekurang-kurangnya sebulan sebelum hamil.
Kenapa vitamin penting? Kerana B Complex khususnya membekalkan acid folic yang penting untuk mengelakkan kecacatan pada tulang belakang dan otak bayi. Oleh itu, disarankan mengambil 400 mcg acid folic setiap hari bagi mengelakkan kecacatan pada bayi.
Selain B Complex, wanita yang ingin hamil disarankan mengambil multivitamin untuk membaikpulih sel-sel badan dan juga GLA bagi meningkatkan kesuburan. Vitamin E juga sangat disarankan untuk meningkatkan kehangatan dalam hubungan intim suami isteri. Barulah tak stress bila bersama kan 🙂
6) Melakukan Senaman Besederhana
Melakukan senaman dan gaya hidup aktif adalah bagus dalam menyediakan badan ke arah kehamilan dan juga ketika bersalin nanti. Namun senaman yang berlebihan atau senaman yang terlalu kerap boleh mengganggu ovulasi.
Doktor mendapati ramai wanita yang bersenam secara berlebihan, perlu mengurangkan senaman berat mereka sebelum dapat hamil. Jadi, jika anda termasuk dalam kategori wanita yang bersenam secara sangat aktif ini, bolehlah kurangkan senaman sekadar perlu ya.
7) Jauhi Rokok Dan Alkohol
Rokok boleh mengganggu kesuburan lelaki dan wanita. Pada wanita khususnya, nikotin dan karbon monoksida di dalam rokok akan memendekkan jangka hayat telur.
Justeru, wanita dinasihatkan menjauhkan diri dari menghidu asap rokok. Ini kerana ia akan merendahkan peluang untuk cepat hamil. Selain itu, alkohol juga haruslah dielakkan dalam usaha menimang cahaya mata ini.
8) Relaksss..
Seringkali pasangan suami dan isteri dalam keadaan stress untuk mendapatkan zuriat. Jangan begitu, penting untuk anda, khususnya isteri untuk relaks dan tenang. Setkan dalam fikiran proses ingin hamil selalunya memakan masa, jadi anda dan suami tidaklah terlalu tergesa-gesa.
Nikmati hidup berdua, dan hubungan suami isteri dengan tenang. Jika anda stress, ia akan mengganggu hormon, dan seterusnya menyukarkan lagi peluang untuk hamil itu.
9) Doa Mohon Zuriat
Apapun ikhtiar yang kita lakukan, satu yang perlu tahu Allah yang mengizinkan semua ini berlaku. Jadi suami isteri haruslah selalu berdoa kepada Allah agar Dia mengurniakan kita zuriat yang soleh dan solehah. Antara doa yang disarankan untuk di baca ialah Surah Al-Anbiya ayat 89. Doa ini juga merupakan doa yang diamalkan oleh Nabi Zakaria.
Menurut kitab A’maal e Qur’aani karangan Maulana Ashraf Ali Thanwi Rah, ayat di atas dibaca 3X selepas solat 5 waktu untuk dikurniakan anak yang soleh.
Untuk mendapatkan suplemen prenatal seperti di atas, boleh klik link ni ya http://www.wasap.my/60196657302
Atau boleh hubungi saya seperti di bawah:
Call / Whatsupp: 019-6657 302
Email: farahshoppe@gmail.com
Add Fb saya: Farah Alias untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya: MommyIskandar
Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..
COD Sekitar Gombak, Pos Laju Seluruh Malaysia
Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila kilk DI SINI
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan
Leave a comment
Leave a Reply Cancel reply
This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.
terima kasih atas tips yang amat berguna ni 🙂
Aliah menulis…4 tips ini akan menjadikan anda bebas dari keputihan buat selama-lamanya