Tips Menangani Anak Degil
Seringkali sebagai ibu kita menahan hati jika mempunyai anak yang degil. Bila bercakap, ada saja jawabnya. Bila disuruh, ada saja alasannya. Bagaimana menangani masalah anak yang degil? Di bawah ni ada tips menangani anak degil.
Tips Menangani Anak Degil
1. Beri Sedikit Masa
Pernah tak anda memanggil anak makan, tapi dia buat tak tahu je.. Leka dengan mainan, panggilan ibu tidak diendahkan. Sebenarnya kita sebagai ibu dan ayah selalu hendak anak ikut kehendak kita tanpa meletakkan diri kita dalam situasi mereka. Cuba bayangkan kita sedang leka menghabiskan sedikit kerja, kalau dipanggil makan mesti kita nak siapkan kerja kita kan?
Jadi dalam keadaan ini kita kena beri sedikit masa, maklumkan pada anak 5 minit lagi berhenti bermain dan kita makan sama-sama. Jadi, selepas 5 minit, anak-anak akan bersedia untuk membuat apa yang kita mahukan, dan kita pun tak adalah rasa cepat nak marah.
2. Luangkan Lebih Banyak Masa Bersama Anak
Anak yang merasa diri terabai cenderung untuk membuat kesalahan bagi menarik perhatian ibu bapa. Jangan hanya bercakap dengan anak apabila hendak menegur mereka, contohnya “Abang.. jangan kacau adik”. Jika dia baca buku, berikan pujian dan kalau boleh luangkan masa bersama membaca mereka.
Jika kita terlalu sibuk dan hanya menegur anak bila mereka membuat kesalahan sahaja, itu antara penyebab anak-anak cuba mencari apa yang perlu mereka lakukan untuk menarik perhatian kita. Luangkan masa berbual-bual dengan anak semasa makan untuk mengetahui aktiviti seharian mereka, jadi anak-anak akan merasa dihargai.
3. Jangan Terlalu Bebani Anak Dengan Kerja Rumah
Ada ibu bapa yang ingin melatih anak-anak menolong ibu bapa di rumah. Tolong buang sampah, tolong basuh pinggan selepas makan, tolong jaga adik yang kecil dan sebagainya. Ini adalah perkara bagus yang boleh mendisiplinkan anak dari kecil.
Namun, terlalu banyak beban kerja yang diberikan akan menyebabkan anak tertekan dan jiwanya memberontak. Apalagi jika kawan-kawan sebaya mereka tidak perlu memikul tanggungjawab seperti mereka. Berikan masa rehat kepada anak-anak, sebab saya percaya mereka juga perlu masa rehat setelah penat seharian di sekolah. Ingat, tanggungjawab sebenar anak ialah mengulangkaji pelajaran. Jika semua kerja rumah dia kena buat, jangan marah jika anak hilang fokus pada pelajaran.
Jadikan suasana di rumah menyeronokkan, dan mereka berasa gembira apabila pulang ke rumah.
4. Gunakan Bahasa Yang Baik dan Lembut Pada Anak
Kerenah anak-anak memang memenatkan. Seringkali kita mendengar ibu-ibu sepenuh masa merungut keletihan kerana anak-anak takkan pernah duduk diam. Suka menyepahkan rumah dan membuat bising. Sebab letih sangat, ibu-ibu cenderung bertukar menjadi”hijau” dan memarahi anak-anak.
Duhai ibu, anak-anak yang sihat begitulah.. Syukur kerana mereka dilahirkan sihat dan aktif. Beri mereka kebebasan, tetapi ada hadnya. Beri mereka bermain, dan selepas itu beri syarat kena kemas semula. Jangan marah-marah dengan menggunakan bahasa yang kasar, kerana ia akan menyebabkan jiwa anak menjadi keras dan memikirkan mereka adalah beban kepada kita.
Sabar banyak-banyak, dan nikmati semuanya dengan jiwa yang lapang, kerana perkara ini hanya berlaku semasa mereka kecik sahaja. Bila dah besar, saya pasti anda akan merindui setiap saat ini.
5. Jangan Pukul Anak Dari Lutut Ke Atas
Jangan memukul anak dari lutut ke atas, dan juga jangan menampar anak dengan menggunakan tangan kita sendiri. Dipercayai anak akan menjadi degil dan lagi tidak menurut kata. Rotan dan pukul anak pada telapak kakinya, itu cara rotan / pukul yang terbaik.
Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
Pukul anak adalah sebagai hukuman supaya dia ingat kesalahannya dan tidak mengulanginya lagi. Pukul jangan dengan amarah, bimbang nanti anda yang menyesal. Pukul anak dengan niat untuk mengajar, insyaAllah anak akan dapat menerima dan terkesan di hatinya. Selepas reda, pujuk anak dengan baik dan terangkan mengapa dia tidak boleh melakukan kesalahan itu.
6. Berikan Pujian
Ibu bapa perlu beri peneguhan dan pujian setiap kali anak-anak membuat kebaikkan atau memperolehi kejayaan. Jika perlu peluk mereka dan ucapkan tahniah setiap kali mereka mengkhabarkan kejayaan mereka di sekolah. Ini perlu supaya anak-anak merasa mereka dihargai dan disayangi.
7. Berikan Anak Makanan Yang Baik
Makanan yang baik akan membentuk akhlak yang baik. Berikan makanan yang berkhasiat dan makanan untuk minda seperti kismis, madu, minyak ikan dan kacang badam. Kurangkan membeli makanan ringan dan makanan segera yang bukan sahaja tidak berkhasiat, malah mendatangkan risiko penyakit seperti kencing manis, kolesterol dan lain-lain.
8. Terapkan Didikan Islam dan Akhlak Mulia
Walaupun anak menunjukkan perangai degil, sebagai ibu bapa kita perlu menegur dengan lembut dan mengajar anak-anak didikan agama kita. Beritahu mereka Allah marah jika mereka tak mendengar kata. Dan Allah akan bagi ganjaran syurga jika mereka berbuat baik.
Didik dengan berhemah, penuh kasih sayang, insyaAllah lama-kelamaan mereka akan dengar juga.
9. Doa dan Amalkan Ayat Suci Al-Quran
Apa sahaja masalah yang kita hadapi ada penyelesaiannya di dalam al-Quran. Untuk melembutkan hati anak, perbanyakkan membaca Surah al-Fatihah, Surah Taha ayat 1-5 dan berselawat untuk melembutkan hati anak. Teruskan usaha, doa dan bertawakal kepada Allah, mudah-mudahan hati anak akan lembut dan mudah menerima nasihat.
Melayan anak yang degil dan tidak mendengar kata sememangnya menguji kesabaran anda. Anda mungkin berasa sukar untuk membentuk peribadi anak seperti yang anda mahukan namun dengan berkat usaha dan doa, Insya-Allah ianya akan berhasil.
Marilah sama-sama kita amalkan Tips Menangani Anak Degil di atas dengan penuh kesabaran dan doa, InsyaAllah, Allah permudahkan..
Berminat suplemen untuk anak? Klik DI SINI untuk melihat produk suplemen kanak-kanak untuk mudah belajar, sihat selalu dan tak mudah demam serta mengatasi asma dan eczema.
Banyakkan bersabar dengan karenah anak 🙂
Thanks for sharing