House

Tips Mengekalkan Berat Badan Semasa Hari Raya


Tips Mengekalkan Berat Badan DI Hari Raya

Salam Aidilfitri kepada semua pembaca blog Mommy Iskandar. Alhamdulillah dah 2 minggu kita berhari raya, Ada ke yang maintain berat badan? Ke ramai yang rasa badan semakin berat dan baju semakin mengetat? Almaklum banyak open house.. hehe.. Hari ni saya nak share Tips Mengekalkan Berat Badan Semasa Hari Raya.

 

Apa dia Tips Mengekalkan Berat Badan Semasa Hari Raya ? Susah rasanya nak berdiet atau mengekalkan diet semasa raya ni. Ada beberapa kenalan saya yang naik 3-4 kg semasa raya.. Tu biasa. Ada yang sampai 5 kg pun ada.. Aihh bahaya nie, baru 2 minggu raya dah naik 3-5 kg..

 

Tips yang saya nak sharekan ini, ialah apa yang saya sendiri lakukan. Alhamdulillah semasa Ramadhan yang lepas saya hilang lagi 3 kg, dan masa raya ni saya cuma naik 300 g. Naik lah jugak 300 gram, tapi pada saya itu kejayaan besar sebab tak naik sampai 1 kg. Tahun-tahun sebelumnya, tak sah raya selagi tak sendat kain baju kurung raya tu. Hahaha.. Paling biasa 2 kg memang comfirm bertambah masa raya..

 

Ok jom tengok apa Tips Mengekalkan Berat Badan Semasa Hari Raya ni. 

 

1.  Mindset Mesti Betul

 

Penting ada mindset untuk pastikan yang kita dapat control pemakanan kita. Biasa kita cakap jangan makan banyak, tapi bila juadah depan mata, ishh jin lapar terus sampai, tak ingat dah ikrar nak berdiet tadi kan.

Sebelum ke rumah terbuka, atau sebelum hari raya (ni pesanan untuk Raya Haji atau raya tahun depan la yea), set kan otak kita untuk jaga makan, jaga pengambilan makanan yang berkalori tinggi dan hadkan pengambilan air manis. InsyaAllah akan terjaga pemakanan kita.

Bagaimana saya setkan otak saya? Saya dah start jaga pemakanan dari bulan 1, dan dah hilang 9 kg setakat 6 bulan ni. Banyak baju lama 3-4 tahun lepas dah boleh pakai. Jadi, saya selalu ingatkan diri, jangan sebab raya, usaha saya 6 bulan ni sia-sia je. 

Enjoy mesti enjoy, tapi kita mesti tahu had pemakanan kita. Bohonglah kalau nak ‘Eat Clean' masa raya kan.. yang penting jaga pemakanan dan akal kita sentiasa beringat bila nampak  makanan sedap-sedap tu..

 

2. Kenyangkan Perut Sebelum Menghadiri Rumah Terbuka

 

Eh kata nak pergi makan, kenapa nak kena kenyangkan perut pula kan? Okay, maksud kenyangkan perut ni, biasa saya akan minum air 500 ml sebelum keluar rumah. Jadi perut tu kenyang dengan air. Dah sampai rumah terbuka tu pun, silalah minum air kosong 200-300 ml dulu sebelum jamah makanan ya.

 

Air kosong ni bukan setakat mengenyangkan perut kita pada masa tersebut, tapi juga mengurangkan nafsu makan tu. Bila perut dah sedikit penuh dengan air, nak sumbat makanan banyak pun agak terhad kan..

 

‘Eh sayanglah tak dapat makan makanan sedap-sedap'. Pada saya senang je, sayang makanan ke sayang badan dan kesihatan? Hai kawan.. kalau umur anda dah 36 tahun, maksudnya dah 35 tahun anda makan makanan yang sedap-sedap tu. Apa kata kali ni, anda makan sikit je, sekadar merasa dan agak-agak kenyang, berhentilah ya. Jangan sampai sendat perut baru nak berhenti, comfirm-comfirm berat bertambah kan..

 

3. Tahu Jenis Pemakanan Yang Boleh Diambil

 

‘You're What You Eat'

Pernah dengar pepatah ni? Anda adalah apa yang anda makan.. Jangan bohong cakap ‘aku dari keturunan gemuk, makan sikit pun badan gemuk jugak' . Okay dulu-dulu saya pun pernah fikir macam ni. Tapi selepas belajar dan mendalami ilmu pemakanan sihat, You Are What You Eat.

 

Jika anda makan makanan berlemak, berminyak, manis-manis, memang tak mustahil jika badan anda membesar dengan jayanya. Jadi masa raya ni, kena control makanan dan juga jenis makanan. Lebihkan buah-buahan, sayur-sayuran dan dan makanan yang kurang minyak. 

 

Contoh masa rumah terbuka ada hidangan bihun sup dan nasi minyak. Yang mana satu pilihan anda? Saranan saya anda kenyangkan perut anda dengan segenggam bihun sup dan telan sup banyak-banyak bagi perut kenyang. Lepas tu baru ambil sedikit nasi minyak dan lauknya sekadar untuk merasa. Masa makan nasi minyak ni perut dah kenyang tau, jadi agak mustahil untuk anda boleh makan banyak. Kalau makan banyak juga, maksudnya mindset anda belum di bawah kawalan lagi.. 

 

4. Elakkan Minuman Manis 

 

Minuman manis ni memang wajib masa hari raya dan rumah terbuka. Elakkan atau kurangkan minuman manis. Bawalah air kosong semasa menghadiri rumah saudara dalam beg anda. Ada masa nak minta air kosong pun segan juga kan.. bawa sendiri lebih mudah.

 

Dengan mengambil air kosong, sebenarnya anda dapat menjimatkan banyak kalori yang masuk. 

 

5. Seimbangkan Pengambilan Kalori Anda

 

Bagaimana nak seimbangkan? Senang cerita, jika pagi anda dah makan banyak, tengah hari makan sedikit. Atau malam elakkan karbohidrat. Ambil makanan yang tinggi serat dan sayur banyak.

 

Atau jika tahu malam ada open house, siang tu kurangkan pengambilan makanan. Kita kena tau, berat naik bila pengambilan kalori melebihi penggunaan tenaga kita pada hari tu.

 

Pengalaman saya masa hari raya pertama hari tu, sarapan saya cuma dengan 2 ketul nasi impit dan seketul rendang dan air kosong. Saya cuba ambil seminimum kalori, sebab tau lepas tu nak pergi menziarahi rumah saudara-mara, takut terbabas makan banyak.

 

Rumah kedua saya cuma makan sedikit kerepek. Rumah ketiga makan segenggam laksa, tu pun tak habis sebab rasa kurang sedap. Sebenarnya rasa sedap je laksa tu, tapi sebab takutnya lahai nak makan sampai laksa tu pun rasa tak sedap. Hahaha

 

Rumah ke-4 ada favourite makanan saya, pulut kuning dengan sambal bilis. Tapi masa tu anak saya yang kecil tidur dipangkuan. Jadi saya buat alasan pegang anak tidur dan tak boleh makan. Berapa kali suami panggil ke meja makan, tetap keraskan hati tak mau sebab konon-konon jaga anak tidur. hahaha.. Sambil tu bagitau tuan rumah perut dah kenyang sangat makan di rumah sebelum ni (bohong sunat nak jaga hati tuan rumah).

 

Balik beraya dah tengah hari, memang lapar la sebab tak makan sangat, masa tu saya makan lemang 4 ketul dan rendang. Sedapnya lemang masa makan tu, dan tu lah last saya makan lemang setakat hari raya tahun ni.

 

Memang nampak macam extreme, tapi sebenarnya saya risau kalau-kalau saya makan macam dulu, baju-baju yang dulunya muat, terus sendat balik. Jadi motivasi utama saya bertahan masa raya ni ialah boleh pakai baju lama yang cantik-cantik   😛 

 

Jadi untuk anda di luar sana, cari motivasi sendiri, apa sebab anda juga perlu bertahan dan tak naikkan berat dengan banyak masa raya ni ya..

 

6. Tips Terakhir: Senaman Ringan

 

Jika dah terbabas makan tu, maafkanlah diri anda. Anda pun manusia biasa. Kata hari raya kan. enjoy tetap kena enjoy, tapi mesti mau beringat ya.. 

 

Kalau dah rasa termakan lebih atau ambil banyak makanan yang tinggi kalori, kita cover balik dengan senaman. Ala buat senaman mudah je.. Lompat bintang 100-200 x ke, sit up 50x, squat 50-100x. Jadilah.. Kalau rajin buat zumba terus lagi bagus.. hehe..

 

Masa raya hari tu saya tak bersenam, rumah papan kang dengar lak orang i lompat bintang dalam bilik. hahaha.. Apa saya buat saya main badminton dengan anak-anak dan dengan suami. Kasik kow lagi, buat pertandingan lawan badminton, baru tercungap-cungap menghabiskan 4 set badminton.

 

Bersenam biar sampai anda tercungap-cungap dan melebihi 30 minit. Barulah pembakaran lemak berlaku, dan badan pun segar je lepas tu.

 

Ok rasanya cukup lah 6 Tips Mengekalkan Berat Badan Semasa Hari Raya tu yea. Bagi banyak-banyak kang. pening terus tak mau jaga badan. Apa yang penting, mindset kena betul dan jaga pemakanan ya.

 

InsyaAllah bila kita jaga makan, walau tak bersenam badan tetap akan mantain. Tapi kalau bersenam, memang model pun kalah tau.. hehe..

 

Terima kasih untuk masa anda membaca Tips Mengekalkan Berat Badan Semasa Hari Raya dari saya ni. Kalau bagus untuk anda, jemputlah share dengan kawan-kawan yang lain,mudah-mudahan sama-sama mendapat manfaat.

 

Berminat mendapatkan Produk Shaklee? Hubungi saya..

Call / Whatsupp: 019-6657 302

Email: farahshoppe@gmail.com

Add Fb saya: Farah Alias Biz untuk chatting secara langsung dengan saya

Klik Like di FanPage saya: MommyIskandar

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..

 

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

2 comments on “Tips Mengekalkan Berat Badan Semasa Hari Raya

  1. banyak tips berguna nie…lps nie g beraya boleh apply tips nie..

  2. banyak tips berguna nie…

    lps nie g beraya kena guna tips2 nie…baru maintain kurus 🙂

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: