Cabaran Penyusuan: Susu Tak Cukup Di Awal Kelahiran?
Saya menerima banyak email dan pertanyaan dari ibu-ibu muda yang baru melahirkan, antara pertanyaan yang sering saya temui “saya baru bersalin 3 hari, tapi susu badan saya tak ada. Baby menangis-nangis je dan asyik nak menyusu macam tak puas. Terpaksalah saya bagi susu formula. Hajat di hati memang nak fully bf, tapi tak dapat. Macammana ya kak?”
Ada 2 perkara yang saya nak tekankan di sini iaitu:
- Perut bayi yang baru lahir hanyalah sebesar guli / kacang peas (5-7ml).
- Badan ibu perlukan masa 3-5 hari untuk mulakan penghasilan susu. Pada awal kelahiran kolostrum yang akan keluar dimana cecair ini agak kekuningan dan likat.
Disebabkan perut bayi yang baru lahir hanyalah sebesar guli / kacang peas, jadi bayi hanya memerlukan lebih kurang 60 – 100 ml dalam tempoh 24 jam pertama kelahiran. Dan purata pengambilan kolostrum dalam tempoh 24 jam ini hanyalah 37 ml. Sangat sedikit kan? Sesuailah dengan saiz perut bayi dan organ dalamannya yang masih belum matang iaitu usus dan buah pinggang. Walaupun begitu, penghasilan susu akan bertambah pada 36 jam berikutnya, sesuai dengan keperluan dan permintaan bayi.
Jadi, untuk semua ibu-ibu di luar sana, anda tak perlu risau jika kuantiti kolostrum yang dihasilkan pada awal kelahiran sedikit. Ia mencukupi untuk bayi anda. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah memberikan bayi minum melalui payudara anda sekerap mungkin. Elakkan mengepam mahupun penggunaan botol, kerana hisapan bayi adalah yang terbaik untuk merangsang penghasilan susu.
Yang penting setiap ibu harus yakin yang mereka mampu menghasilkan susu yang cukup untuk bayi mereka, elakkan sama sekali penggunaan botol susu pada awal kelahiran kerana botol akan mengganggu proses penghasilan susu secara semulajadi. Dan pastikan bayi anda mendapat kolostrum, iaitu susu awal ibu yang mempunyai antibodi penting untuk bayi. Dan TIPS TERPENTING, BERI BAYI ANDA MENYUSU SECARA TERUS PADA PAYUDARA ANDA, LEBIH BANYAK BAYI MENYUSU, LEBIH BANYAK SUSU DIHASILKAN.
Keinginan bayi menyusu secara kerap bukan disebabkan susu yang anda hasilkan tidak cukup, tetapi disebabkan saiz perutnya yang kecil dan susu ibu pula adalah cepat hadam. Purata bayi yang baru lahir menyusu ialah 8-12 kali dalam masa 24 jam. Jadi, hanya berikan bayi anda susu apabila diminta. InsyaAllah susu anda akan bertambah dari masa ke semasa.
Dan satu perkara yang perlu anda semua tahu bahawa bayi yang lahir memang kerap menangis. walaupun baru lepas menyusu, bayi cenderung menangis atas beberapa faktor iaitu perut tidak selesa, ingin tidur, lampin basah dan perlukan pelukan atau perhatian anda. Fahami keperluan bayi dan lalui hari-hari pertama bergelar ibu dengan hati yang tenang dan gembira.
Mudah-mudahan artikel saya membantu ramai ibu di luar sana menyusukan anak pada awal kelahiran, kerana pada saya tempoh ini sangat genting. Jika anda mampu melaui hari-hari pertama bersalin dengan penyusuan ibu sepenuhnya, insyaAllah perjalanan penyusuan anda akan lebih mudah.
Hubungi saya jika anda perlukan konsultasi percuma tentang penyusuan atau informasi lanjut tentang produk penyusuan. Telefon 019 -6657 302 / Add Fb saya FARAH ALIAS BIZ untuk chat secara langsung.
Pingback:Penyediaan Penyusuan Seawal Kehamilan « « Mommy Iskandar Mommy Iskandar
Pingback:Belajar menjadi umi mithali | ::???????????? ????? ????????::
my mum say cecair kekuningan yg keluar masa awal2 nk bg baby mnyusu tu wajib dibuang coz kotor..sya dh ckp yg cecair tu bagus tuk baby tp my mum still sruh buang..sekarang ni sye dah serba salah..sye nk yg terbaik untuk anak sye nnti..
My experience.
Saya pada masa mengandung mmg merancang untuk fully breastfed. Jadi mmg tak sediakan langsung susu formula di rumah.
Selepas melahirkan bayi semasa di hospital (2 hari), bayi hisap susu dan tido, hisap dan tido. Pada hari ke 3, balek ke rumah. Hari ke 4 dan ke 5, bayi asyik menangis. Sampai tertidur dia menangis, bangun menangis balek.
Pada hari ke 5, saya dah sangat risau takut ada masalah pada bayi, jadi pergi bawak bayi saya ke klinik. Lepas doctor check, dia cakap bayi tak cukup makan. Jadi dia bagi pack isomil kecil suruh tambah.
Jadi isomil tersebut saya bancuh hanya apabila selepas menyusu dan bayi masih menangis. Saya guna sebagai makanan tambahan sahaja kepada bayi.
Selepas seminggu, habis dah isomil, ingat susu dah banyak la jadik tak la beli susu baru. Baby start menangis balek. Bawak pula pergi hospital Putrajaya. Di sana selepas periksa doctor hantar kitorang ke bahagian nutrisi bayi sebab rupanya bayi tak cukup makan. Jadik doctor nasihatkan supaya tambah susu formula.
Sehingga sekarang kami sediakan susu formula sebagai tambahan. Dalam sehari 1-2 kali dia minum susu formula, iaitu bila dia sedut2 puting dan susu takde, maka masa itu bancuh la susu formula.
Ada ramai ibu2 diluar sana yang terpaksa menambah susu formula kepada bayi dan itu adalah normal. Being a new mom is scary enuf, please don’t make them feel awful because they cannot provide all the milk that their child need.
Pingback:—Blog Rujukan >Mengandung, Bersalin, Berpantang, ‘Parenting’< Ayah & Ummi— « ainyusuf