House

Susu Merudum? Ketahui Rahsia Meningkatkan Susu Dengan Cepat..


Salam semua.. hari ni saya nak berkongsi TIPS PENYUSUAN, bagaimana nak meningkatkan penghasilan susu dengan cepat. Sering saya mendapat soalan lazim dari customer yang berbunyi.. “Macammana nak dapat susu yang banyak ya? Saya dah pam kerap, minum air banyak, ambil makanan berzat, tapi masih macam tu juga..”

Jawapannya? Jika 3 perkara tu dah dibuat, mesti ada kurang di mana-mana. 

Berdasarkan pengalaman saya memberi konsultasi, memang rata-rata ibu mengamalkan pam kerap setiap 2-3 jam sekali, tetapi seringkali TEKNIK PAM SALAH. Salah tu maksudnya, ibu hanya akan pam bila susu keluar sahaja. Bila susu berhenti, ibu juga akan berhenti mengepam serta merta. 

Cara yang betul, ibu harus mengepam setiap breast 15-20 minit bagi sebelah kanan, dan 15-20 minit lagi untuk breast yang sebelah kiri. Nasihat saya, teruskan mengepam walaupun susu anda hanya keluar 5 minit, ini kerana rangsangan berterusan perlu untuk memberi signal pada otak ibu yang bayi perlukan lebih banyak susu. Bila kita memberi signal pada otak yang bayi perlukan susu yang banyak, otak akan memberi signal kepada badan untuk menghasilkan lebih banyak susu. Dan ini memenuhi KONSEP DEMAND AND SUPPLY. Lebih banyak permintaan, lebih banyak susu akan dihasilkan.

Jadi, konsep asasnya, lakukan pengosongan payudara dengan sebaiknya. Seboleh mungkin pam setiap payudara 15-20 minit, jangan kurang dari itu, kerana dikhuatiri anda tak memberi signal secukupnya pada badan..

Tips lain untuk menghasilkan susu dengan cepat ialah dengan melakukan teknik Power Pumping dan Tanderm Pumping. Cara Power Pumping ada DI SINI, manakala Tandem Pumping akan saya sambung dalam entry seterusnya nanti ya..

Kesimpulannya, pastikan anda minum air secukupnya, 3-4L sehari, pam kerap setiap 2-3 jam dan pastikan juga sesi mengepam setiap payudara 15-20 minit ya. Dan jangan lupa untuk ambil makanan berzat bagi mendapatkan susu yang berkualiti dan berkuantiti tinggi.

Jika anda ibu bekerjaya yang sibuk dan bimbang tak dapat mengambil makanan seimbang dalam diet anda, saya amat sarankan anda ambil SUPPLEMENT PENYUSUAN. Mudah-mudahan susu yang anda berikan pada bayi bukan saja cukup dari segi kuantiti, tetapi juga berkualiti untuk tumbesaran anak.

Sila klik DISINI untuk mendapatkan Supplement Penyusuan..

Setiap pembelian supplement penyusuan dari saya akan mendapat KONSULTASI PENYUSUAN PERCUMA, dan jika anda ada masalah saya sedia membantu. Hubungi saya di:

Call/Whatsupp: 019-6657302

Email: farahshoppe@gmail.com

FB: Sila Add Fb saya FARAH ALIAS BIZ untuk chat secara langsung dengan saya

Klik LIKE di Fanpage saya MommyIskandar, di sebelah kanan blog ini untuk TIPS PENYUSUAN PERCUMA.

 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

  Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.