House

Istimewanya Umrah Bersama Trip Shaklee


Alhamdulillah, seminggu yang lepas kami suami isteri baru pulang dari Trip Umrah Ziarah Shaklee. Trip dari 9 – 21 January 2017 pastinya meninggalkan kenangan manis. Setiap kali Trip Shaklee, pasti ada ziarah. Tahun ini kami ziarah ke Jordan, berbeza tahun lepas ke Abu Dhabi.

 

Apa yang seronoknya dengan Trip Umrah Ziarah Shaklee ni? Mesti ada yang fikir.. “Pergi sendiri pun boleh je..budget dalam rm 6000 pun dah lepas pergi dengan trip biasa-biasa. Asalkan sampai Mekah, Madinah, sudah. Buat apalah nak bermewah-mewah, kita pergi nak beribadah je kan..”

 

Ya, dulu saya pun fikir macam tu. Nak kumpul duit, asal lepas pergi sana jadilah. Tak kisahlah  pakej mahal ke murah kan.. Tapi, alhamdulillah, Allah izinkan kami suami isteri untuk bersama-sama dengan Trip Umrah Shaklee ni. Trip VVIP 5 Star yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee ni sangatlah menenangkan hati.

 

Antara yang seronok dan istimewa pergi umrah dengan Shaklee ialah Shaklee menyediakan hotel mewah yang selesa dan dekat dengan masjid. Penting untuk berada dekat dengan masjid, sebabnya kita tak terkejar-kejar nak keluar awal untuk setiap kali waktu solat. Dan yang seronoknya, tak terkejar-kejar juga untuk balik ke hotel setiap kali lepas solat untuk mengejar masa makan yang disediakan hotel.

 

Hotel Hilton Mekah

Hotel Hilton yang sangat dekat dengan Masjidil Haram.

 

Mengikut mereka yang pernah ke sana dengan budget sendiri, selalu terpaksa memilih, nak berlama-lamaan (iktikaf) di masjid, atau bergegas balik untuk mengejar masa makan.Kalau dah balik makan, next waktu solat tak dapat pula berjemaah di masjid sebab jarak hotel dan masjid agak jauh. Waktu solat di sana lebih kurang 2 jam je jarak masa.

 

Alhamdulillah dengan trip Shaklee, boleh dikatakan setiap waktu solat kami akan balik ke hotel untuk memperbarui wuduk. Kalau wuduk masih ada, contoh antara Maghrib dan Isyak, memang bertahan terus lah di masjid.

 

Tapi kalaulah wuduk terbatal, sempat nak balik hotel walau dah iktikaf, untuk membersihkan diri dan meperbarui wuduk. Memang boleh sangat berwuduk di sana, tapi bila keselesaan disediakan, manfaatkanlah sepenuhnya kan.

 

Berada di sana pada musim sejuk memang sangat mencabar tau menjaga wuduk. Habis je solat memang ada rasa nak terkucil tapi ku tahan jebat. hehe.. Nak kurangkan air pula bimbang kulit kering di sana.

 

Selain keselesaan hotel yang dekat, makanan  yang sedap dan serba mewah disediakan. Tak berkesempatan nak membeli makanan di luar, kecuali sendiri teringin nak merasa. Dalam satu meal, mesti ada kambing, ayam, ikan, udang, cake, desset dan macam-macam lagi lah. Sedap-sedap semuanya tau!

 

Makanan arab ada, makanan asia ada, makanan masakan cina, india semua ada. Jangan terkejut masak lemak, udang sambal, roti nan pun ada tau, selain makanan arab yang super special di sana.

 

Gulai Kambing Rasa Memang Superb.

 

 

Makanan Omputeh pun hado. Macaroni Cheese..

 

 

Nasi Arab di Mekah

Nasi Arab di sana bertukar ganti. Kadang dalamnya ayam, ikan salmon, itik, kambing pun hado

 

 

Udang bakar di mekah

Udang Galah Bakar Berempah Memang Serius Sedap!

 

 

Dessert Sedap..

Desserts yang melting! Penambahan lemaks-lemaks pun berlaku. Ahakss..

 

 

Pendek kata orang lain balik umrah hilang kg sebab ibadah umrah itu sendiri memerlukan tenaga yang banyak. Tapi jemaah Shaklee purata balik mesti naik sekurang-kurangnya 2 kg.

 

Keistimewaan ketiga, Shaklee menyediakan pengangkutan bas ke mana sahaja jemaah nak pergi. Walau nak keluar untuk berniat di miqat juga, Shaklee akan sediakan pengangkutan untuk kemudahan jemaah. Selain daripada tu, naik turun flight, semua beg bagasi Shaklee akan uruskan sampai depan pintu bilik hotel. Kami cuma perlu bawa ‘hand luggage' je.. beg-beg besar semua Shaklee akan sediakan orang untuk hantar depan pintu bilik.

 

Opps lagi yang best, kalau kita pergi suami isteri, Shaklee akan tempatkan kita sebilik berdua lah kan. Yang pergi seorang pun, akan diberi bilik double bed juga. Bukannya bilik biasa-biasa, tetapi bilik hotel mewah yang selesa. Selesa meluruskan badan selepas beribadah di sana. Alhamdulillah..

 

Nikmat mana yang kami mahu dustakan bila Allah jemput ke sana, dapat beribadah dengan tenang dan sangat selesa tanpa perlu memikirkan perkara lain.

 

Sungguh, Mekah dan Madinah adalah tempat yang selalu dirindui. Walau baru seminggu meninggalkan sana, hati tu dah dipanggil-panggil lagi nak ke sana.

 

Semoga ada kesempatan dan rezeki berkunjung lagi ke Baitullah dan ziarah Rasulullah s.a.w, dan semoga bakal ada anak Shaklee saya yang bersama-sama dalam trip akan datang.

 

Buat semua Enermax Group, takkan ada yang datang bergolek. Niatkan nak ke sana, doa minta Allah kabulkan dan kita usaha sehabis baik. InsyaAllah.. Jika bukan tahun hadapan, target lah 2-3 tahun akan datang, semoga Allah kabulkan. Aminnn..

 

Bagi yang berminat nak bersama-sama kami dalam Trip Umrah Ziarah Shaklee ni, tipsnya senang je. Sama-sama kita buat bisnes Shaklee secara berjemaah, bantu group kita untuk berjaya bersama-sama, insyaAllah antara hadiah yang kita akan nikmati ialah Trip Umrah Ziarah Shaklee ni.

 

Nak jadi sebahagian team kami?

 

Call / Whatsupp: 019-6657 302

Email: farahshoppe@gmail.com

Add Fb saya: Farah Alias untuk chatting secara langsung dengan saya

Klik Like di FanPage saya: MommyIskandar

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..

COD Sekitar Gombak, Pos Laju Seluruh Malaysia

Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila kilk DI SINI

 

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: