House

Cabaran Ibu Yang Bekerja Dari Rumah


“Seronoklah awak dapat kerja kat rumah je.. dapat relax, tengok tv, golek-golek dengan anak sambil buat bisnes kan.”

 

Alhamdulillah memang seronok bekerja dari rumah ni. Dapat jaga anak, dapat masakkan dan suap anak makan, dapat uruskan rumah tangga.. tapi part relax tu sangatlah tak setuju tau. Siapa cakap ibu-ibu yang bekerja dari rumah ni relax, sila fikir dua kali.

 

 

 

 

Banyak kes yang saya jumpa, ibu bekerja resign dan bertekad untuk buat bisnes dari rumah. Sangkaannya senang dan mudah duduk rumah ni berbanding kerja, rupa-rupanya semua pakat stress dan terkejut. Sebabnya? Mereka tak sangka duduk di rumah ni lebih memenatkan berbanding kerja di pejabat dulu. 

 

Ye lah, kalau kat pejabat memang penat.. tapi kerja banyak duduk depan komputer (contoh bagi yang bekerja pejabat ya).. jalan pun sikit-sikit je kan, tapi mengerah otak, masyaAllah.. Lunch time masih boleh keluar makan-makan, enjoy shopping atau window shopping. Cuma tak dinafikan balik rumah tu memang letih la nak uruskan rumahtangga pula.

 

Berbeza dengan surirumah sepenuh masa, walaupun duduk rumah seharian,tapi awal pagi dah siapkan anak sekolah, siapkan sarapan, makan tengah hari, minum  petang, makan malam, ambil dan hantar anak sekolah, mengemas rumah.. dan kalau ada anak kecik, entah berapa kali mengemas rumah pun tak tau kan. Bak kata orang tua, tak kering tangan kalau duduk kat rumah ni. Ada je kerja yang tak pernah selesai. Eh tu belum masuk cerita kain baju lagi tau!

 

Jadi, kalau ada yang kata duduk kat rumah dan bekerja atau berniaga dari rumah tu mudah, pertimbangkanlah kata-kata anda tu 100 x ya. Ada ibu-ibu yang nak makan tengah hari pun tak sempat tau. Berkejar dengan urusan rumahtangga, anak-anak dan bisnes. Ditambah lagi nak pos barang di pos laju dan hantar barang ke customer, boleh bayangkan tak sibuknya ibu-ibu ni?

 

Cabaran Ibu Bekerja Di Rumah

 

 

 

Walaupun begitu, ramai ibu-ibu yang berjaya menguruskan masa dengan baik antara keluarga dan bisnes, namun tak kurang juga ramai yang kecundang. Antara alasan yang diberikan.. “tak cukup masa nak berbisnes”, anak asyik kacau je bila menghadap komputer”, “suami marah asyik tengok telefon balas mesej customer”. Maka jika ada alasan-alasan sebegitu maksudnya anda tak dapat uruskan masa dengan baik.

 

Sungguh, bekerja di rumah cabaran utama ialah pengurusan masa. Saya sendiri berperang dengan masa. Kadang-kadang sehari suntuk keringat dikerah untuk anak dan keluarga. Pukul 9 malam baru dapat buka komputer untuk jalankan tugas-tugas saya sebagai peniaga online. Namun, pada saya tak kisah pukul berapa, asalkan kita tahu apa yang perlu kita buat untuk hari tersebut dan cuba selesaikannya pada hari itu juga.

 

Jadi, untuk ibu-ibu di luar sana yang berperang dengan masa antara keluarga, rumahtangga dan bisnes, jangan bimbang, anda tak berseorangan. Yang penting kena pandai kawal perasaan, jangan stress, buat jadual harian dan kena selalu redha jika perancangan tak seindah yang kita harapkan.

 

Jika plan awal pagi update blog, tapi anak meragam, tak pe lah, jangan marah-marah. Update blog sebelah petang bila anak dah tidur. Jadi kita pun tak stress, dan lebih banyak kerja dapat kita jalankan dengan lebih baik jika kita berlapang dada.

 

 

 

 

Antara tips yang boleh anda ikuti, kenalpasti masa mana yang paling anda produktif. Kalau malam masa anda boleh buat kerja dengan banyak, setkan apa kerja anda untuk pagi esok siap-siap. Jadi esok pagi cuma perlu copy paste je apa yang perlu dilakukan tanpa perlu fikir panjang mengerah idea.

 

Walaupun bekerja dari rumah agak ‘tough' dan memerlukan kekuatan emosi dan juga fizikal, namun saya yakin, niat untuk membesarkana anak-anak dengan tangan sendiri dan dalam masa yang sama membantu menjana pendapatan keluarga adalah niat yang murni. Apapun cabaran yang datang, ingat kembali kenapa kita memilih haluan ini, bertenang dan doa banyak-banyak agar Allah beri kekuatan dan permudahkan urusan harian kita, insyaAllah.

 

InsyaAllah jumpa lagi di lain artikel untuk tips bisnes. Kalau anda baru teringin nak berjinak-jinak dengan bisnes dari rumah, boleh lah teruskan bacaan anda DI SINI ya. Berjumpa lagi di lain artikel. 

 

Salam Sayang, 
Master Farah Alias

 

Call / Whatsupp: 019-6657 302

Email: farahshoppe@gmail.com

Add Fb / Follow saya di: Farah Alias untuk chatting secara langsung dengan saya

Klik Like di FanPage saya: MommyIskandar

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..

COD Sekitar Gombak, Selayang, Sentul, Setapak, Wangsa Maju, Greenwood dan Pos Laju Seluruh Malaysia

Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila kilk DI SINI

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: