House

Bisnes Online Terbaik Untuk Wanita


Alhamdulillah.. bagi yang mengenali diri saya, saya sedang sarat mengandung buat masa ni. Namun, dengan izin Allah, masih mampu bekerja dan menjalankan bisnes online saya dari rumah. Dan jika anda tanya pada saya, apa pekerjaan atau  bisnes terbaik untuk para ibu, semestinya saya akan mengesyorkan bisnes online terbaik untuk wanita.

 

Mengimbas detik mengandungkan anak kedua.. Masa tu pun saya sedang sarat mengandung juga. Perasaannya memang sangat mencabar, di mana saya masih bekerja di salah sebuah kolej swasta sebagai lecturer. Bangun seawal pagi, menghantar anak ke taska, menempuh jam, dengan berdiri berjam-jam masa mengajar, stay up malam untuk menyediakan modul pelajaran, dan pelbagai aktiviti lain, semestinya menguji kekuatan saya sebagai isteri, ibu dan juga pengajar. Walaupun semuanya pengalaman yang sangat berharga dan menjadi kenangan manis dalam lipatan sejarah hidup saya, saya bersyukur kerana saya tak perlu melalui semua itu lagi, kerana kini saya bergelar Fulltime WAHM (Work At Home Mother).

 

Sememangnya bisnes online terbaik untuk wanita. Tak ada kerja terbaik selain dapat duduk di rumah, menjaga anak-anak, di samping dapat membantu suami menjana pendapatan keluarga. Alhamdulillah, niat masa mula-mula berbisnes dulu, hanyalah nak bantu suami, nak hidup lebih selesa dan membuat saving untuk anak-anak. Namun, siapa menyangka, Allah permudahkan, dan kini bisnes online menjadi punca utama pendapatan kami suami isteri. Syukur, Alhamdulillah..

 

Dan keseronokkannya dapat saya rasai, bila dalam keadaan sarat begini, saya masih mampu bekerja seperti biasa. Bila tak sihat, saya akan mengambil masa saya berehat dan tidur sekejap di siang hari (maklumlah, ibu mengandung, lemah serba-serbi.. hehe..). Bila badan dah segar, saya akan mengadap semula lap top saya, order barang online, menjawab pertanyaan customer dan menguruskan anak didik di bawah nanungan empayar bisnes saya.

 

Syukur yang tidak terhingga, kerana selain bisnes ini merubah hidup saya dan keluarga, kami juga dapat melihat ramai bisnes partner kami yang turut berubah status kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. Ia bukan sekadar harta dan wang ringgit, tetapi juga kepuasan, bila kita dapat membantu orang lain berjaya dan success dalam hidup mereka!

 

Kepuasan datang dalam pelbagai cara. Dapat melihat anak-anak membesar depan mata. Dapat menyumbang kepada ibu bapa..  Dapat bersedekah dan memberi zakat yang besar.. Dapat kebebasan kewangan dan masa.Dapat membantu orang lain berjaya. Dan indahnya, bila kita boleh memilih hari ini untuk bekerja atau meluangkan masa bersama keluarga!

 

Jika anda berminat untuk menjalani kehidupan yang bebas dari arahan boss, mempunyai kebebasan masa, kebebasan wang untuk berbelanja dan ada semangat dan inisiatif yang tinggi untuk menjadi seorang yang kaya, kami lebih dari bersedia untuk membawa anda ke dunia bisnes online kami. Hanya perlu duplicate sistem yang kami berikan, usaha dan doa. InsyaAllah anda juga akan merasai nikmat rezeki kurniaan Tuhan..

 

Apakah bisnes tersebut? Semestinya bisnes Shaklee yang dijalankan secara online. 

 

Untuk cerita lebih lanjut pengalaman saya berbisnes online, sila klik DI SINI ya

 

Berminat menjalankan bisnes Shaklee? Sertai kumpulan saya dan anda akan dibimbing bagaimana menggunakan blog dan Fb sebagai senjata pemasaran online paling berkesan dan personal coach juga diberikan SECARA PERCUMA. Income? 4 atau 5 angka, anda yang tentukan! Pilih leader yang tepat untuk menjamin kesinambungan bisnes anda berjalan dengan lancar, insyaAllah.

Call / Whatsupp: 019-6657 302

Email: farahshoppe@gmail.com

Add Fb saya: Farah Alias Biz Biz untuk chatting secara langsung dengan saya

Klik Like di FanPage saya: MommyIskandar

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: