House

Kelebihan Bersalin Caesarian


Ramai ibu yang “seram” bila mengetahui yang mereka bakal bersalin secara pembedahan atau caesar. Namun, bagi saya yang telah melalui sendiri pengalaman bersalin secara caesarian ni, ada kelebihannya. Apa kelebihan bersalin caesarian ni? 

 

Secara amnya kelebihan bersalin normal adalah lebih baik berbanding pembedahan caesarean. Malah kaedah bersalin normal juga lebih baik untuk kesuburan anda pada masa hadapan . Ini kerana walaupun pembedahan caesarean adalah pembedahan biasa, namun kesemua pembedahan mempunyai risikonya sendiri.

 

Namun begitu, pembedahan caesarean tetap perlu dilakukan dalam situasi tertentu, untuk menyelamatkan nyawa si ibu dan juga bayi. Dalam kes seperti ini memang tidak dapat dinafikan bahawa kelahiran secara caesarean ialah pilihan yang paling selamat.  Mari kita lihat apa kelebihan bersalin caesarian ini:

 

 Berikut ialah kelebihan bersalin caesarian :

  1. Anda boleh memilih hari – ini membolehkan si ibu membuat persedian yang cukup dari segi fizikal, mental, rohani serta boleh mengatur segala hal diluar kelahiran seperti jadual kerja dan sebagainya. Ibu juga boleh memilih tarikh yang cantik dan mempunyai makna tertentu
  2. Tidak merasa sakit bersalin, dan tidak perlu menahan sakit menunggu serviks terbuka 10 cm. Satu keuntungan kerana tak perlu melalui detik paling menggerunkan merasai “contraction” yang kuat ketika bersalin normal.
  3. Mereka juga tidak perlu dijahit dibahagian vagina. Sudah pasti tiada ‘trauma’ ketika habis pantang dan ingin ‘bersama’ suami nanti
  4. Masa kelahiran tepat tiada istilah terlambat ke hospital ,bersalin dalam kereta, dirumah atau sebagainya
  5. Mencegah penularan jangkitan pada janin bagi wanita yang menghidap kanser serviks biasanya akan dinasihatkan bersalin cara ini kerana ini boleh mengelakkan jangkitan daripada ibu kepada anak
  6. Kelebihan bersalin secara caesarean juga akan dapat mengurangkan risiko otot koyak daripada mereka yang bersalin normal. Ia juga mengelakkan kompilasi masalah dibahagian dubur dan faraj ketika proses kelahiran.

 

Apapun cara bersalin, itu rezeki masing-masing. Yang penting, ibu dan anak sihat dalam proses kelahiran tersebut. Alhamdulillah, saya dah merasa kedua-dua cara bersalin, dan secara peribadi, kelebihan bersalin caesarian tidak dapat dinafikan. Walaupun nampak gerun, tapi banyak kelebihannya!

 

Akhirul kalam, pada bakal-bakal ibu yang akan mengalami pembedahan caesarian, jangan risau ya. Tenang-tenang aje. Tentunya aturan Allah yang terbaik kan! Selamat bersalin dan menimang cahaya mata.. Jika anda mencari Set Bersalin, boleh cuci mata DI SINI.

 

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

  Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.