Pengalaman Membeli-belah Semasa PKP
Assalamualaikum sahabat semua.. hari ni saya terpanggil nak merakam pengalaman membeli-belah semasa PKP ni. Ye lah, ini pengalaman pertama negara kita menghadapi ujian sebegini. Pengalaman pertama juga bagi kita berhadapan dengan virus merbahaya Covid-19 dan terpaksa melalui Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) sebegini.
Hari ini bukan kali pertama saya keluar rumah membeli-belah. Dah beberapa kali, cuma saya terpanggil menulis di sini sebagai kenang-kenangan, betapa semua ini telah kita lalui demi melawan mahklus halus yang merbahaya ini.
Mengimbas pertama kali saya keluar rumah. Masa tu baru beberapa hari PKP dikuatkuasakan. Agak menyedihkan dan rasa janggal sebab melihat semua kedai tutup kecuali beberapa kedai makan, bank, klinik dan farmasi je yang beroperasi.
Keadaan sekeliling lengang. Sedetik itu juga sebak menguasai diri, betapa saya rindu situasi yang dulu.. Walau negara bukan dilanda perang, tapi entah kenapa sedih,sebab itu bukan situasi yang biasa kita lihat sebelum ini.
Hari ini, saya telah keluar untuk membeli-belah di sebuah pasaraya di Gombak. Sejurus sampai di pasaraya tu, dah kelihatan ramai berbaris panjang. Saya berkira-kira sama ada nak meneruskan hajat membeli di situ atau beli di kedai biasa sahaja.
Memikirkan sayur di rumah dah habis semuanya, dan banyak juga barang dapur yang dah tiada, gigih juga lah beratur. Ini kali pertama saya beratur ke kedai, biasanya saya akan keluar awal pagi ketika tak ramai orang, atau membuat pesanan online dan dihantar terus ke rumah.
Beratur pada jarak 1 meter, pada saya mematuhi peraturan ‘social distancing' yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan. Namun sebaik sahaja memasuki pasaraya, pada saya sangat sukar nak menjarakkan diri 1 meter dengan individu lain.
Pasaraya biasa tidaklah besar mana.. walau dihadkan kemasukkan pelanggan dalam satu-satu masa, susunan rak makanan, susunan kedai tetap tidak memungkinkan jarak sosial 1 meter itu berlaku.
Malahan waktu memilih cili merah, sayur-sayuran, pada saya jarak tu agak dekat, jenuh juga menunggu ruangan kosong, kerana semua pun berkejar-kejar memilih barang dapur, kerana kita diberi masa 20 minit sahaja seorang untuk membeli-belah. Namun disebabkan masing-masing pun memakai ‘mask', jadi agak meyakinkan jugalah dan tawakkal sahajalah pada Allah, kerana saya keluar pun mencari keperluan keluarga, tak lebih dari itu.
Habis membeli-belah, terus ke kaunter dan membuat bayaran. Lazimnya semasa PKP ini jarang sekali saya menggunakan tunai. Bayaran lebih senang menggunakan kad debit sahaja. Alhamdulillah kaedah ini sangat memudahkan, kerana ia meminimumkan pertukaran wang tunai dan keperluan ke bank dengan kerap.
Selesai semuanya saya pulang ke rumah. Sampai je di rumah cepat-cepat memunggah semua barang yang dibeli ke dapur. Dan sejurus itu juga membasuh semua barangan dengan sabun dan air, sebelum dibiarkan kering dan disimpan.
Walau ada yang mencadangkan agar biar sahaja barang-barang yang baru dibeli tu selama 8 jam kalau tak nak basuh, namun untuk saya yang ada anak kecil ni agak sukar memastikan mereka tidak menyentuh barang-barang tersebut. Nanti ada je tangan-tangan comel yang mencari makanan kegemaran mereka dalam plastik tersebut.
Jadi tiada pilihan, terpaksa basuh. Kiranya proses membeli-belah sejam, proses membasuh dan menyimpan pula mengambil masa dekat sejam. Boleh katakan proses membeli-belah sebelum ni mengambil masa 2x ganda dari biasa dan juga lebih tenaga. Di mana pada saya ia amat memenatkan sebenarnya.. tapi apa pilihan yang ada? Demi memastikan keselamatan sekeluarga terpaksa jugalah membuatnya.
Tak habis dengan itu, saya akan sterilize kunci rumah, handphone dan barang peribadi yang saya pegang sewaktu keluar tadi. Walaupun kita sanitize tangan sentiasa, tapi di luar sana banyak kemungkinan ada. Jadi terpaksa membuat langkah pembersihan. Mujur ada Basic H Shaklee di mana semburkan Basic H pada kunci, duit, wallet dan handphone dan lap dengan kain basah. InshaAllah bersih, sama macam kita basuh tangan dengan sabun.
Dan akhir sekali, saya akan bergegas mandi dan menukar semua baju yang dipakai tadi. Selesai semua barulah saya akan berani dekat dan pegang anak-anak. Bunyinya renyah kan? Tapi itulah pengalaman sebenar membeli belah semasa PKP ini.
Sampaikan anak keempat saya, Sofea bertanya.. “semua barang ni memang kena basuh ke ibu? Penatlah ibu nanti..” sambil melihat dalam longgokan plastik yang telah dibeli.
Tak mengapalah penat sedikit, janji kita dah buat sebaik mungkin dalam menjaga kesihatan keluarga kita. Kiranya dalam keadaan sekarang, saya lebih selesa duduk di rumah. Shopping pun bukan lagi satu keseronokkan, sebab bila dah bawa balik semua barang dari luar,kena dibersihkan terlebih dahulu sebelum digunakan atau disimpan.
Walau pengalaman membeli-belah semasa PKP ni pengalaman biasa.. dan semua pun mengalami situasi yang sama. Namun saya abadikan pengalaman ini di sini, supaya ia tetap menjadi satu kenangan yang tak akan kita lupakan kelak, dan dapat dibaca anak-anak kita satu hari nanti.
Semoga Allah melindungi kita dan keluarga kita dari virus merbahaya ini, dan melenyapkan virus kecil ini dari negara kita dan seluruh dunia. Amin Amin.. Bertemu lagi di lain coretan ya..
Salam Sayang,
Farah Alias
Jemput follow saya di Fb FARAH ALIAS
atau Instagram saya PAKAR_VITAMIN
Leave a Reply