House

Resepi Ais Krim Malaysia Magnum Viral Gerenti Sedap


Resepi Ais Krim Malaysia Magnum viral gerenti sedap

Assalamualaikum.. Alhamdulillah semalam berjaya juga buat ais krim Malaysia ala Magnum yang lama dah viral ni. Almaklum masa PKP ni, bebudak ni mengunyah je kan. Terpaksalah ibu merajinkan diri. 

 

Resepi Ais Krim Malaysia Magnum viral gerenti sedap ni saya dah ‘adjust' supaya bahannya mudah dan murah, dan boleh dibuat berulang kali. Semasa google resepi, kebanyakkannya pakai whipping cream atau paling kurang susu fresh milk. 

 

Sebab anak ramai, dan nak buat berulang kali dan banyaaakkk.. jadi saya guna susu cair aje. Tak payah la nak whipping cream sangat, walau tau hasilnya agak berbeza. haha.. tapi disebabkan coklat Beryls ada di rumah, jadi saya confident, guna susu cair pun pasti sedap. 

 

Jika budget anda agak kurang, boleh beli coklat masakkan aje. Ia lebih murah berbanding coklat Beryls. Tapi saya cadangkan gunalah coklat Beryls ni sebab rasanya memang sedap, tak muak dan rich of chocolate! ha giteww.. 

 

Okaylah membebel pula. Jom kita tengok Resepi Ais Krim Malaysia Magnum viral gerenti sedap ni dan cara membuatnya:

 

Bahan A:

Susu cair – 3 cawan

Susu pekat – 3/4 cawan

ovalette – 1 sudu kecik

vanilla essence – 1 sudu kecik

 

Bahan untuk salutan coklat:

Coklat Beryls 350 g 

 

Cara-cara:

 

  1. Cairkan coklat Beryls secara double boiled di atas api. Bila dah cair, bairkan suam sekejap sebelum tuang ke dalam plastik ais krim. 
  2. Sementara coklat nak suam, boleh sediakan bahagian putih ais krim. 
  3. Campurkan semua bahan A ke dalam blender, dan blend agak lama sampai campuran ais krim berbuih dan kelihatan menggebu atau menjadi 2x ganda dari asal.
  4. Kemudian, masukkan coklat beryls tadi dalam piping bag. Dari piping bag tu, masukkan coklat ke dalam plastik ais krim dan ratakan dengan menggunakan spatula

 

Resepi Ais Krim Malaysia Magnum viral gerenti sedap

Masukkan coklat ke dalam plastik ais krim ni agak-agak je.. jangan salut tebal sangat, jangan nipis sangat okay. Maaf ye gambar agak comot sebab anak-anak pun join sama buat. hehe

 

5. Kemudian, bila coklat dah rata sepanjang plastik ais krim tu, tuangkan campuran ais krim putih di bahagian tengahnya. 

6. Jangan bimbang, bahagian coklat dan bahagian putih takkan bercampur. Cuma pastikan coklat tu tak sampai sejuk, nanti susah pula dia melekat dengan bahagian putih ya

7. Ikat ais krim.. dan siap! Simpan dalam bahagian sejuk beku selama 5-6 jam dan ready untuk di makan! 

 

Resepi Ais Krim Malaysia Magnum viral gerenti sedap

Saya pakai getah je.. nampak nau jarang buat ais krim, jenuh menyimpul tak jadi-jadi. haha

 

Senangkan? Rasanya simply marvellous! Kalau rasa malas nak keluar cari Ais Krim Magnum bila teringin tu, boleh je laju-laju pergi dapur dan hasilkan ais krim ni ya

 

Senang, mudah, murah dan sedap. Anak saya 2 hari je habis licin lincau. Itupun tahan-tahan juga. Kalau tak, sekelip mata pun boleh habis. hehe

 

Okay lah itu aje saya nak share.. inshaAllah segala resepi yang saya rasa sedap je saya share di blog kesayangan saya ni. Untuk mudahkan saya cari bila nak repeat nanti, dan untuk anda semua juga pembaca setia MommyIskandar.Com. Terima kasih sebab selalu berkunjung ke blog saya ni

 

Love u olss! 

 

Boleh follow saya di Fb ni FARAH ALIAS

atau Instagram saya PAKAR_VITAMIN

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

One comment on “Resepi Ais Krim Malaysia Magnum Viral Gerenti Sedap

  1. I nak try buat lah. Bahan pun semua ada kat rumah. Tggl beli plastic ice cream saja. Tq share ??

Call Now Button Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: