House

Perbandingan Susu Ibu dan Susu Formula


Perbandingan Susu Ibu dan Susu Formula

Assalamualaikum. Hari ni saya terpanggil nak berkongsi tentang perbandingan susu ibu dan susu formula. Pernah tak kita terdengar orang cakap, “bagi susu ibu tak kenyang, bagi je susu formula, lena anak tidur?”

 

Kalau orang-orang tua kita dulu, memang selalu cakap susu ibu ni tak kenyang lah, ibu tak cukup susu lah, lenyek pisang lah bagi anak makan supaya kenyang..tapi hakikatnya bukan begitu. Sebagai ibu, kita kena tahu sifat susu ibu itu sendiri.

 

Kenapa bila menyusu susu ibu, bayi kerap bangun menyusu dan tidak tidur lama berbanding susu formula? Sebabnya susu ibu lebih mudah dihadamkan berbanding susu formula, sebab itulah bayi akan cepat lapar dan kerap menyusu. Dan pastinya susu ibu menyebabkan usus bayi lebih sihat dan tidak perlu bekerja keras seperti menghadam susu formula.

Perbezaan Susu Ibu dan Susu Formula

 

Dari segi fizikalnya, susu formula juga kelihatan lebih pekat, lemak dan berkrim berbanding susu ibu. Ini menyebabkan ramai berpendapat susu formula lebih mengenyangkan. Walaubagaimana pun, susu ibu jauh lebih baik kualitinya, di mana banyak syarikat susu formula cuba untuk meniru formula susu ibu ni tapi tak berjaya.

 

Kenapa tak berjaya? Sebab susu ibu ni unik. Komposisi susu ibu akan berubah-rubah mengikut keperluan dan umur anak. Yang paling ketara ialah pada awal kelahiran, susu yang keluar hanyalah kolostrum yang berwarna kekuningan dan jauh lebih pekat daripada susu ibu. Kolostrum ni sangat berkhasiat kerana ia tinggi antibodi khususnya IgA yang membantu melindungi peparu, tekak dan usus.

 

Kolostrum terbaik untuk antibodi bayi

 

Manakala selepas beberapa hari, barulah kolostrum berubah sedikit demi sedikit menjadi susu ibu matang untuk tumbesaran anak-anak. Walaubagaimanapun, kolostrum masih ada di dalam susu ibu dalam masa 2 minggu dari kelahiran bayi, di mana pada masa ini dipanggil susu transisi.

 

 

 

Perbezaan Ketara Komposis Susu Ibu dan Susu Formula

  • Susu ibu mempunyai lebih 100 nutrisi yang susu formula langsung tidak boleh meniru keunikkan susu ibu ini
  • Susu ibu penuh dengan antibodi yang berupaya melindungi bayi dari penyakit dan membina sistem imunisasi yang kuat
  • Susu ibu mempunyai kandungan protein yang lebih tinggi berbanding susu formula, walaubagaimanapun protein dalam susu ibu lebih mudah dihadam oleh bayi
  • Susu ibu mempunyai kandungan karbohidrat  dan laktosa yang tinggi berbanding susu formula. Kajian menunjukkan kehadiran laktosa yang tinggi dalam susu boleh meningkatkan perkembangan otak anak.
  •  Mineral juga terdapat di dalam kuantiti rendah dalam susu ibu, tetapi lebih banyak dari susu formula. Walaubagaimanapun, mineral di dalam susu ibu lebih mudah diserap oleh bayi. Dalam susu formula, mineral yang tidak berjaya diserap akan mengubah keseimbangan bakteria di dalam usus, dan ini menerangkan mengapa bayi yang menyusu susu formula lebih kerap mengalami sembelit dan najis keras.

 

Banyak sangat beza antara susu ibu dan susu formula kan? Jadi buat ibu-ibu yang sedang mengandung, carilah ilmu penyusuan seawal kehamilan lagi, supaya kita boleh bersedia dan menyusukan bayi kita sampai tempoh 2 tahun setengah.

 

Bagi yang ada masalah penyusuan, boleh lah hubungi saya di 019-6657302, atau follow Fb saya di Farah Alias untuk chatting secara langsung dengan saya

Jangan lupa Like di FanPage saya untuk TIPS PENYUSUAN ya.. MommyIskandar

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

  Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.