House

Proses Mengajar Anak Membaca Perlukan Sentuhan Seorang Ibu?


belajar membaca dan tips mengajar anak membaca dengan cepat
Proses mengajar anak membaca perlukan sentuhan seorang ibu?
 
Biarlah semahal manapun tadika yang kami masukkan, biarlah seawal 4 tahun pun mereka kami sekolahkan, anak-anak tetap perlukan sentuhan ibu untuk pandai belajar membaca.
 
Ammar, anak sulung, saya ambil masa 3 bulan untuk dia pandai membaca pada umur 6 tahun. Begitu juga dengan anak kedua, Angah. Kedua-duanya pandai membaca bulan Mac ketika umur 6 tahun, di mana saya ajar mereka bermula bulan Januari.
 
Panik sebenarnya bila anak tak tahu membaca ni. Walhal dah sekolahkan mereka seawal umur 4 tahun. Tadika? Little Caliph, Children Islamic Centre (CIC) semuanya tadika ternama dan poket pun kena ‘berada’ jugalah nak menghantarnya.
 
Tapi kenapa anak tak pandai membaca juga? Salah anak kita kah lambat tangkap apa guru ajar?
 
Sejujurnya secara personal saya merasakan anak-anak tetap perlukan ibu untuk mengajar mereka dengan lebih baik. Alhamdulillah kini dalam proses mengajar anak ketiga, Arif pula.
 
Arif agak mencabar kesabaran saya sebab di sekolah PASTI menggunakan sistem belajar membaca yang berbeza dengan sistem ‘Bacalah Anakku’.
 
Tapi Alhamdulillah dalam masa 3 minggu ni dia dah mula nampak progress yang baik. Hari ni berjaya habis buku ketiga.
 
Anak cerdik saya ni, saya yakin akan pandai membaca juga tak lama lagi, in shaa Allah. Cuma ibu kena ‘cool’ sangat-sangat bila mengajar anak membaca. Kalau ibu ‘panas’, anak jadi stress, langsung tak dapat apa.
 
Ada ke ibu-ibu sini yang anak umur 6 tahun masih belum membaca dengan lancar? Pengalaman saya anak kena pandai dan lancar membaca sebelum masuk darjah 1, supaya dia dapat seiring sejalan dengan kawan-kawan di sekolah nanti.
 
In shaa Allah dalam artikel akan datang, saya akan konsikan cara dan pengalaman saya mengajar anak membaca seawal 3 bulan.. Mana tahu dapat membantu ibu-ibu lain..
Stay tune.. 🙂

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

  Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.