House

Tips Anak Cepat Membaca


Tips Ajar Anak Cepat Membaca

Bimbang anak tak pandai membaca walau umur dah 6 tahun? Saya juga mengalami kebimbangan yang sama, bila anak-anak saya yang bersekolah seawal umur 4 tahun, tapi masuk 6 tahun masih belum boleh membaca. Di mana silapnya?

 

3 anak lelaki, 2 saya yang mengajar sendiri mereka membaca, dan kini sedang mengajar anak ketiga pula membaca. Alhamdulillah dua anak sebelumnya, Ammar dan Angah pandai membaca dalam masa 3 bulan je. Hati pun pelik.. kenapa lah dah sekolah 2 tahun masih tak boleh membaca? Ibu ajar, kejap je pandai kan..

 

Bukanlah nak mendabik dada, jauh sekali mengatakan saya pandai mengajar anak. Tidak berniat sama sekali. Tapi selepas tiga anak keadaan yang sama, masih belum boleh membaca walaupun dan sekolah dari umur 4 tahun, boleh lah saya membuat kesimpulan sendiri yang sebagai ibu bapa, kita kena hadirkan diri dalam pembelajaran anak-anak ni. Tak boleh mengharap pada guru di tadika je, betul tak?

 

Jadi hari ni saya nak kongsikan bagaimana saya mengajar anak-anak saya dapat membaca dengan cepat.

 

Anak pertama, Ammar, saya menggunakan buku sekolah tadika yang mengajar membaca menggunakan cara lama, iaitu kenal huruf dahulu, baru kenal bunyi. Agak lambat dan mengelirukan. Jadi masa tu saya mula google cara mengajar anak membaca dan berjumpa dengan teknik belajar membaca menggunakan buku ‘Bacalah Anakku’.

 

 

Tanpa berlengah lagi, saya pun bergegas ke kedai buku dan membeli buku ‘Bacalah Anakku’. Alhamdulillah anak saya boleh dan lancar membaca hanya dalam masa 3 bulan je!

 

Bagaimana buku ‘Bacalah Anakku’ ni dapat membuatkan anak-anak kita membaca dengan cepat? Sebabnya ia terus mengajar anak kita mengenal bunyi dengan menggunakan teknik fonik.

 

Teknik fonik ialah teknik di mana anak-anak belajar membaca dengan membunyikan huruf TANPA MENYEBUT HURUF. Contohnya seperti huruf ‘a’ disebut aaa seperti ayam, api, awan. Huruf ‘b’ disebut dengan bunyi ‘beh’, huruf ‘c; disebut dengan bunyi ‘ceh’ dan seterusnya.

 

Jadi otak-otak anak dapat berhubung dengan cepat bila dua huruf digabungkan bersama. Kiranya dah skip satu step membaca cara lama, iaitu kenal huruf dan mengeja dulu baru kenal bunyi. Dalam buku ni, anak kita akan terus mengenal bunyi setiap huruf.

 

Walaubagaimanapun, ibu-ibu masih perlu ada skill dan kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak-anak. Saya kongsikan sedikit tips buat ibu-ibu di luar sana yang mahu mengajar sendiri anak membaca. Almaklumlah, kita ni bila mengajar anak sendiri, mengalahkan guru disiplin kan. hihihi..

 

Berikut ialah tips anak cepat membaca berdasarkan pengalaman saya mengajar 3 orang anak:

 

(1) Sesi Pembelajaran Yang Singkat

 

  • Sesi pembelajaran hendaklah sekejap-sekejap je dan dalam masa yang singkat. Dalam 5-10 minit je. Walaupun kita rasa, eh kejapnya, tapi fokus anak kecil ni tak lama. Jadi 5 minit ke 10 minit dah memadai. Biar dia main semula, dan lepas beberapa waktu boleh je ajar semula membaca. Cara ini akan membuatkan anak happy dan tak stress

 

  • Jika nak anak anda cepat membaca, bolehlah ajar mereka 2-3 sesi sehari. Janji setiap sesi hanya 5-10 minit sahaja.

 

(2) Ibu Kawal Emosi Anda Sebaiknya

 

  • Ibu perlu relax, cool, senyum, dan jangan marah anak jika mereka lupa. Ulang, ulang dan terus mengulang. Pengalaman saya, sekali saya marah je, anak terus rasa takut untuk buat salah. Bila dia rasa takut untuk buat salah, mulalah suara tak keluar, takut nak menyebut bunyi, padahal mereka tau je.

 

  • Dan ada kemungkinan besar, huruf yang lazimnya mereka tau, terus jadi tak tau. Akibatnya ibu makin marah, dan anak makin tersinggung, terus tak jadi apa. Elakkan perkara ini berlaku, bimbang-bimbang anak jadi benci dan tak mahu belajar lagi.

 

  • Ingat ye ibu-ibu, sabar perkara PALING PENTING dalam mendidik anak-anak. Semuanya boleh berubah dengan sabar. Bila rasa nak marah, tarik nafas dan senyum. Kawal dan jangan pamerkan kemarahan kepada anak ya.

 

(3) Pastikan Ibu Bapa Menguasai Teknik Yang Bakal Diajar

 

  • Ibu ayah mestilah bersedia dan faham konsep yang digunakan. Jika anda memilih bahan bacaan Bacalah Anakku, ibu ayah dulu kena belajar bagaimana teknik fonik ini digunakan. Dan mahir menggunakan teknik ini terlebih dahulu sebelum mengajar anak. Sebenarnya banyak teknik membaca boleh digunakan, terserah nak guna yang mana. Namun, ketiga-tiga anak saya menggunakan kaedah Bacalah Anakku ini

 

Panduan Buku Bacalah Anakku untuk ibu bapa

 

  • Dalam Bacalah Anakku, ada disediakan panduan untuk ibu bapa mengajar anak. Boleh buat bacaan dahulu seperti dalam manual di atas ni ya.

 

  • Kaedah fonik Bacalah Anakku ini menggunakan teknik ‘gabung bunyi’. Jadi ibu kena bijak mengajar anak bagaimana menggabungkan bunyi ‘n’ kawan ‘a’ menjadi bunyi ‘na’. Jadi anak faham mana datang suku kata bunyi setiap satu. Boleh lihat video di bawah untuk contoh yang lebih jelas.

 

 

 

(4) Ulang, Ulang dan Terus Mengulang

 

  • Teknik pengulangan yang kerap. Anak pasti akan kerap lupa apa yang sedang dipelajari. Jangan marah, tapi ulang semula.

 

  • Sebagai contoh, tadi anak saya lupa bagaimana bunyi ‘na’ pada ayat nasi.. Jadi saya buka semula buku 1 dan minta dia baca bunyi ‘na’, ‘ni’, ‘nu’. Kemudian saya terangkan dan buat perbandingan ia bunyi yang samakan?Ibu-ibu jangan marah kalau anak lupa, walaupun hati panas macam ada batu. Cool.. ingat, kena cool. Kalau kita marah, semuanya punah sekelip mata.

 

 

  • teknik ulangan dalam belajar membaca

 

 

(5) Ajar Anak Menggunakan Huruf Kecil

 

  • Ajar anak membaca dengan menggunakan huruf kecil. Jangan gunakan huruf besar ya. Namun, jika anda menggunakan kaedah Bacalah Anakku, memanglah digunakan huruf kecil semuanya.

 

(6) Persekitaran Yang Selesa Dan Masa Yang Sesuai

 

  • Persekitaran dan masa yang selesa juga sangat penting. Saya suka ajak anak membaca masa mood dia okay. Dan juga sebelum tidur. Kenapa sebelum tidur? Kajian menunjukkan apa yang kita dengar dan baca sebelum tidur akan diproses dengan baik semasa tidur. Esok pagi, in shaa Allah anak lebih ingat berbanding apa yang kita ajar pada waktu siangnya. 

 

(7) Mainkan Video Sebagai Salah Satu Kaedah Belajar Yang Santai Dan Menggembirakan

 

Jika anda menggunakan Siri Bacalah Anakku, selalu-selalu mainkan video di bawah ini. Ia mengajar bunyi setiap huruf, sambil kita pun ikut serta menyanyi-nyanyi dengan anak supaya mereka cepat ingat. Make it simple and fun. Jangan stres-stress okay? 🙂

 

 

 

(8) Tunjuk Pada Bahagian Yang Sedang Dibaca

 

  • Tips terakhir, minta anak anda tunjuk pada bahagian yang sedang dibaca. Ini untuk meningkatkan fokus anak kita. Almaklumlaha anak kecil, bukan boleh duduk diam. Ada masa sambil belajar membaca, badan liuk lentok sana-sana..mudah hilang fokus. Dengan cara ini, in shaa Allah boleh meningkatkan fokus anak.

 

 

Apa yang saya kongsikan di atas ialah pengalaman saya mendidik anak-anak saya. Jika anak anda dah pandai mengeja dan mengenal huruf, jadi anda kena lebih sabar jika menggunakan teknik fonik ini, kerana ia memang bercanggah.

 

Tetapi dengan pengulangan yang kerap, rahsia sabar yang hebat dan kerajinan ibu dan anak, in shaaAllah semua anak-anak kita mampu membaca dengan baik sebelum naik darjah 1.

 

Dan ibu-ibu, jangan lupakan doa banyak-banyak, minta Allah terangkan hati anak-anak kita dan dipermudahkan dalam menuntut ilmu. Semoga artikel ini bermanfaat kepada anda semua dan semoga kita istiqomah dalam mendidik anak-anak syurga kita.

 

Jika ada ibu-ibu yang berminat nak mendapatkan Siri Buku Bacalah Anakku ini, boleh whatsapp terus ke 019-6657302 untuk pembelian.

Jom follow Fb saya di Farah Alias dan..

Jangan lupa Like di FanPage saya MommyIskandar, untuk lebih banyak perkongsian di masa akan datang.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

  Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.