House

Perlukah Milkbooster Semasa Menyusukan Bayi?


penyusuan ibu perlukah milkbooster?

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah saya dah selamat bersalin. Baby pun dah 2 bulan lebih, dan pastinya sedang melalui detik-detik penyusuan juga. Banyak pengalaman baru yang saya dapat semasa menyusukan anak kelima ni, yang saya tak lalui pada anak-anak terdahulu. Nanti saya kongsikan dalam blog ni. Stay tune tau.. 

 

Okay berbalik kepada tajuk kita hari ni perlukah milkbooster semasa menyusukan bayi? Sejujurnya walaupun saya jual milkbooster, tapi saya akan kata, tak perlu pun milkbooster sebenarnya. 

 

Kenapa? Sebab susu tu dah cantik aturan yang Allah buat. Bila baby menyusu dengan banyak, susu akan jadi banyak. Bila baby kurang minum susu, mula-mula memanglah bengkak susu, tapi lama-kelamaan susu akan berkurang dengan sendirinya sebab baby kurang minum. Allah dah jadikan nature nya begitu. 

 

Jadi ibu secara asasnya, tak perlu pun milkbooster, cuma perlu susukan baby atau pam lebih kerap, iaitu 2-3 jam sekali. Kalau ibu direct-feeding, disarankan sejam sekali semasa awal kelahiran. Penat? memang penat, sebab tu lah Allah bagi ganjaran besar juga untuk setiap titis susu yang perut masuk baby. 

 

Kalau tak perlu milkbooster, kenapa saya jual dan saya juga makan milkbooster? Jawapannya sebab saya tak dapat mengambil makanan seimbang yang ibu menyusu perlu makan. Saya jarang makan buah, makan sayur pun sikit je.. ada masa termakan juga fast food di mana nutrisi penting tidak masuk ke dalam badan. Sebab tu saya ambil suplemen penyusuan atau lebih dikenali sebagai milkbooster untuk menggalakkan susu saya dihasilkan dengan cepat, dan dalam masa yang sama membekalkan khasiat penting untuk bayi.

 

Selain daripada tu, gaya hidup kita yang sibuk dan stress juga menyebabkan susu tidak dapat dihasilkan dengan baik. Namun, alhamdulillah, dengan bantuan milkbooster Shaklee iaitu ESP dan Alfalfa, susu cukup untuk baby, pekat dan cepat mengenyangkan baby. Bonus, ibu kekal bertenaga dengan khasiat dari dua milkbooster ni. Almaklum ibu menyusu mana dapat cukup rehat dan tidur kan? 🙂

 

Apa itu ESP dan Alfalfa? 

 

ESP Shaklee Milkbooster Terbaik

 

ESP ialah protein yang berkualiti tinggi, di mana satu hidangan ESP ni bersamaan dengan kita  makan 2x ganda daging, 4x ganda telur, 12x ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol dan asid uric serta sangat mudah diserap oleh badan. 

 

ESP membantu penghasilan susu dengan lebih cepat, susu lebih pekat, dan yang bestnya ibu juga akan rasa bertenaga dan kulit juga semakin cantik, walaupun itu bukan sebab utama saya ambil ESP ni.

 

Alfalfa Shaklee Milkbooster Terbaik

Alfalfa pula ialah raja segala tumbuhan, di mana ia kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Alfalfa membekalkan nutrisi yang mana kebanyakkannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran. Walaupun sekadar tablet yang kecik, namun ia sangat berkesan dalam peningkatan susu ibu dan diakui sebagai salah satu milkbooster yang paling berkesan. 

 

Alhamdulillah, walaupun “struggle” menyusukan anak kali ni, Allah masih beri saya kesempatan, merasai manisnya detik-detik penyusuan bersama puteri bongsu saya ni. Semoga Allah berikan kita semua kemudahan dalam meneruskan perjalanan penyusuan kita bersama bayi tersayang. 

 

Oh ya, sama ada anda memilih untuk ambil milkbooster atau tidak, terserah pilihan masing-masing.  Namun yang pasti, anda mesti kerap beri baby minum atau pam. Dan juga minum air kosong yang banyak. InsyaAllah susu tu ada je untuk baby. 

 

Pada yang memilih ambil milkbooster macam saya, ye lah, tak perlu susah-susah makan oat, rebus halba dan sebagainya, ada milkbooster ni telan aje, bolehlah contact saya seperti nombor di bawah ye. InshaAllah perjalanan penyusuan kita pun lebih lancar, lebih mudah, susu lebih banyak tanpa stress dan mesti puan-puan rasa sangat berbaloi dengan milkbooster Shaklee ini.

 

Walau saya kata milkbooster ni tak perlu secara asasnya. Tapi kalau anda rasa susu sikit, stress, dan tak dapat mengambil nutrisi seimbang dalam diet harian, ambil ajelah ESP dan Alfalfa ni. Apa nak berkira dalam kesihatan anak kita kan? Dah pasti sebagai ibu kita nak yang terbaik untuknya. 

 

Berminat membeli Set Penyusuan Shaklee? Hubungi saya seperti di bawah:

Boleh klik detail SET PENYUSUAN dan TESTIMONI PENYUSUAN >> DI SINI

 

Call : 019-6657 302

Whatsapp: http://www.wasap.my/60196657302

Email: farahshoppe@gmail.com

Add Fb saya: Farah Alias untuk chatting secara langsung dengan saya

Klik Like di FanPage saya: MommyIskandar

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..

Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila kilk DI SINI

 

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: