House

Resepi Tepung Pelita Gerenti Jadi


Resepi Tepung Pelita Gerenti Jadi

Assalamualaikum.. Salam Ramadhan kepada semua. Alhamdulillah..2 hari dah kita berpuasa. Disebabkan PKP ni, ramai di kalangan kita mencuba pelbagai resepi baru untuk juadah berbuka. Hari ni saya nak berkongsi resepi tepung pelita gerenti jadi untuk anda cuba.

 

Kenapa saya katakan resepi tepung pelita gerenti jadi? Sebabnya pertama kali saya cuba resepi ni memang menjadi. Banyak-banyak resepi di internet sana, saya sukakan resepi ni kerana ia mudah, senang, hanya menggunakan sukatan cawan dan paling best tak perlu kukus pun. 

 

So untuk anda yang pertama kali nak mencuba buat tepung pelita ni, bolehlah cuba resepi di bawah ya. Bila kita buat sendiri, boleh adjust yang hijau tu tebal, putih nipis-nipis je. Sesedap rasa tekak sendiri kan. hehe.. jom tengok cara membuatnya..

 

resepi tepung pelita mudah

 

Bahagian Bawah:

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 5-7 helai daun pandan
  • 4 cawan air
  • sedikit pewarna hijau

 

Cara Memasak:

  1. Blend 4 cawan air dengan daun pandan. Tapiskan dan masukkan dalam periuk
  2. Kemudian masukkan gula, tepung beras dan sedikit pewarna hijau. 
  3. Masakkan di atas api dengan menggunakan api perlahan, kacau berterusan menggunakan api kecil. 
  4. Bila nampak adunan tepung agak pekat, berkilat dan sedikit meletup-letup, boleh lah ditutup api dan masukkan ke dalam bekas acuan tepung pelita kita. 
  5. Tips: Jangan kacau sampai terlalu pekat dan berat, nanti ia jadi likat dan susah nak tuang ke dalam adunan. 
  6. Oleh kerana adunan ini agak kurang manis, saya sarankan anda tabur gula kastor dulu dalam adunan tepung pelita terlebih dahulu, barulah dituangkan adunan hijau ini ke atasnya. Anggaran gula saya letak, dalam 3/4 sudu kecil.

 

gula dalam tepung pelita

 

7. Resepi ni tak payah kukus dah ya.. tuang terus je dalam adunan, sebab kita dah masak agak lama dalam periuk tadi.

 

Seterusnya kita buat bahagian atas pula..

Bahagian Atas:

  • 1 kotak santan kecil brand KARA. Caranya: bancuh santan kotak kecil ini dengan air supaya dapat 4 cawan santan.
  • 4 sudu besar tepung beras (jangan guna cap 5 gajah je, yang lain 2,3 gajah boleh, cap teratai pun boleh. Cap 5 gajah untuk buat laksa)
  • sedikit garam

 

Cara Memasak:

  1. Masak semua bahan di atas dan kacau sampai pekat dan nampak sedikit meletup-letup
  2. Tuang terus ke atas adunan hijau tadi. Yeay.. dah siap!
  3. Nak cepat sejuk simpan dalam peti ais
  4. Makan sejuk-sejuk pun sedap tau!

 

resepi tepung pelita gerenti jadi

 

Selamat mencuba!

 

Jemput follow saya di Fb  FARAH ALIAS

atau Instagram saya PAKAR_VITAMIN

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: