House

Pengalaman Placenta Previa: Episod 5


sabar menanti placenta previa

~ Pengalaman Placenta Previa Episod 5 ~

 

Sungguhlah hospital bukan tempat yang sesuai untuk didiami lama-lama. Berkampung di hospital menyebabkan antibodi saya lemah.

 

Sekejap-sekejap batuk, sekejap-sekejap selsema. Lebih malang lagi, 3 hari sebelum operation, saya demam panas, batuk teruk dan selsema.

 

Masa ni doktor, doktor pakar semua panik. Sempat ke nak baik sebelum hari pembedahan. Its a big day. Semua dah plan. Kalau cancel, doktor cakap kena tunda seminggu lagi sebab lepas tu cuti raya cina.

 

Perasaan? Stress.. lamanya saya tunggu, lebih sebulan menghitung hari, membilang waktu untuk sampai ke tarikh 13 februari. Takkan nak tunda lagi seminggu?

 

Nak tunda sehari pun tak berdaya rasanya. Sarat sangat dada ni dengan emosi rindu pada suami, anak-anak, dalam masa yang sama debaran kuat untuk menghabiskan pengalaman mengandung kali ni yang serba mendebarkan.

 

“Mak..kalau apa-apa jadi kami akan pilih untuk selamatkan mak dulu. Baby yang kedua.” Masa doktor cakap macam tu, luluh hati ni.

 

Ibu mana yang sanggup anak menjadi yang kedua. Tapi bila fikir ada 4 anak lagi di rumah yang sedih menanti ibu pulang, saya cuma mampu menganggukkan kepala sahaja.

 

Dalam fikiran kena kuat, ibu kena survive. Lepas operation pun mental fizikal kena kuat supaya cepat sihat dan boleh balik cepat.

 

Lagi 3 hari nak operation ni jugalah saya mula bleeding. Darah dah mula keluar masa buang air kecil. Cumanya sedikit-sedikit, tidaklah seperti kes placenta previa biasa.

 

Perut pun dah mula cramp. Nurse pun kerap buat cek.. sekejap-sekejap datang, “puan okey?”

 

Sampaikan saya bergurau pada nurse.. “saya okey nurse, jangan risau dah memang dalam hospital pun.”

 

Tapi nurse tu jawab.. “jangan puan, kalau kes puan ni, jadi apa-apa kami lari bawa katil sampai tak jejak tanah nanti”?.

 

Berbalik kepada operation.. sehari sebelumnya demam dah kebah. Tapi batuk saya masih kuat.

 

Masa ni doktor pakar siap cakap “I tak confident you boleh operate esok, otherwise you tak cakap dengan doktor bius yang you batuk. Cuma bahaya juga lah, kalau tak bagitau.”

 

Datang doktor lain pula..cakap.. rasa cancel operation ni sebab patient tak sihat. Masa ni saya beranikan diri jawab.. “tak boleh ke doktor kalau saya nak proceed juga. Operate je lah doktor, lama tunggu ni”.

 

Doktor: ” tak boleh.. sebab masa operation nanti kita akan pengsankan you sepenuhnya. Tiub akan masuk ke dalam mulut, kalau you batuk, you tak boleh bernafas, boleh mati tau!”

 

Okay doktor ni tak ada perasaan.. saya terdiam. Masa ni Allah.. apa je ikhtiar yang ada. Saya nak sangat akhirkan semuanya dengan cepat.

 

“Tak pe, apa-apa kita kena tunggu pakar bius datang untuk pastikan you betul-betul boleh go trough this operation. Petang nanti dia datang.” Jawab doktor tu lagi.

 

Jadi ikhtiar terakhir yang saya ada masa tu, saya kumam vitamin C dua biji terus dalam mulut. Saya hisap vitamin C tu sampai habis. Bukan telan tau. Dengan harapan tekak dan batuk saya redha.

 

Tengah hari tu saya amik lagi 2 biji kemam juga. Petang pun lagi 2 biji. Minum air banyak, makan multivitamin, ESP dan segala vitamin yang ada untuk support sistem antibodi saya.

 

Walau tahu macam mustahil nak baik dalam sehari, tapi itu jelah ikhtiar yang ada. Sambil tu, tak putus panjatkan doa, semoga Allah permudahkan.

 

Dan..petang tu doktor pakar bius pun datang.. berjaya ke saya operation esoknya? Sambung lagi ya di episod ke-6 ?

 

Jemput follow saya di Fb  FARAH ALIAS

atau Instagram saya PAKAR_VITAMIN

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: