Plasenta Previa Masalah Uri Di Bawah Ketika Mengandung
Plasenta Previa ialah masalah uri yang berada di bawah rahim. Apabila doktor membuat imbasan ultrasound, plasenta kelihatan berada hampir dengan serviks, iaitu tempat laluan atau bukaan untuk bayi keluar.
Insidens atau kejadian plasenta previa ialah satu bagi setiap 250 kehamilan. Insidens ini berganda bagi kehamilan kembar seperti kembar dua dan tiga. Wanita berumur lebih dari 35 tahun juga lebih cenderung mendapat plasenta previa.
Jika uri berada berhampiran serviks pada awal kehamilan, jangan bimbang kerana ia mampu untuk naik ke atas semula seiring dengan usia kandungan anda yang semakin membesar. Namun, jika kandungan berusia 28 minggu, dan uri masih berada di bawah, doktor akan mengesahkan yang anda menghidap Plasenta Previa yang mudahnya dipanggil sebagai PP.
Jika plasenta itu menutup serviks anda pada akhir kehamilan, jalan keluar untuk bayi melalui faraj akan dihadang. Plasenta itu mungkin menutup sebahagian daripada serviks (partial placenta praevia) atau menutup keseluruhannya (major placenta praevia). Lihatlah imej di bawah. Tidak kira yang mana, bayi anda akan perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean.
Apakah punca Plasenta Previa?
Faktor sebenarnya tidak jelas diketahui, namun individu dibawah lebih berkemungkinan menghadapinya:
- Ibu yang merokok
- Ibu yang pernah melakukan pembedahan caesarian pada anak sebelumnya
- Ibu yang berusia 35 tahun ke atas
- Kehamilan kembar
- Pernah melakukan D&C sebelum ini
- Pernah didiagnos placenta previa pada kelahiran sebelumnya
Apakah Komplikasi Ibu Yang Hamil Dengan Placenta Previa?
Hanya satu dalam 200 wanita yang mengalami PP. Kebanyakkannya hanyalah kes-kes ringan. Namun, jika komplikasi berlaku, ia akan betul-betul serius.
Lazimnya ibu akan mengalami pendarahan yang banyak secara tiba-tiba, tanpa ada rasa sakit. Biasanya darah yang keluar sangat banyak, dikatakan seperti air paip yang mencurah keluar. Lazimnya pendarahan bermula 28 minggu ke atas, namun ada juga yang mengalami pendarahan lebih awal. Jika pendarahan berlaku, ibu dikehendaki segera ke hospital bagi mengelakkan kehilangan darah yang banyak.
Dalam kes major, di mana pendarahan kerap berlaku, ibu akan ditahan di wad untuk berehat sehinggalah melahirkan. Ibu tidak dibenarkan membuat kerja berat, hubungan intim bersama suami, mengangkat benda berat, termasuklah anak kecil walau masih berusia setahun dua.
Ada kenalan saya, mengalami 6 pendarahan major bermula 8 bulan sehingga melahirkan. Semestinya dalam situasi ini dia akan ditahan di hospital dan dipantau sebaiknya. Namun, berita baik buat ibu-ibu yang mengalami PP ini, ada juga ibu yang menghidap PP tidak mengalami sebarang pendarahan sehinggalah melahirkan. Cuma bersalin secara caesarian tetap perlu dilakukan.
Placenta Akreta
Komplikasi yang lebih serius berlaku apabila uri melekat secara abnormal pada dinding rahim, dikenali sebagai Placenta Akreta. Komplikasi berlaku apabila uri tidak dapat dikeluarkan dari dinding rahim secara normal selepas ibu melahirkan bayi.
Biasanya, pembedahan histerektomi akan dilakukan kerana kesukaran untuk mengeluarkan uri yang boleh menyebabkan pendarahan yang banyak. Plasenta Akreta dikenali sebagai “High-risk pregnancy complication” di mana lazimnya ibu akan melahirkan bayi awal dari waktunya secara caesarian, diikuti dengan pembedahan mengeluarkan rahim.
Bagi ibu yang mengalami kes Placenta Previa dan menjalani rutin pemeriksaan bulanan di hospital swasta, lazimnya mereka akan dirujuk supaya pergi ke hospital kerajaan. Ini kerana hospital kerajaan mempunyai kemudahan yang lebih lengkap, dan juga bekalan darah yang mencukupi apabila kecemasan berlaku.
Apa Yang Perlu Anda Lakukan Sebaik Disahkan Sebagai Ibu Hamil Dengan Placenta Previa?
Tiada apa yang anda boleh lakukan, melainkan banyak berehat, tidak melakukan sebarang kerja berat mahupun mengangkat beban berat. Anak kecil pun tak boleh angkat tau!
Walau bunyinya agak kejam, tapi itu perlu dilakukan untuk menjaga keselamatan ibu dan bayi dalam kandungan. Tiada hubungan intim juga dibenarkan bagi mengelakkan pendarahan berlaku.
Doktor juga tidak membenarkan berurut kerana ia sangat merbahaya. Jika bidan urut dan uri pecah, ia boleh menyebabkan nyawa ibu dan bayi dua-dua dalam keadaan merbahaya.
Jadi saranan saya, ibu yang mengalami PP, doa banyak-banyak, solat hajat dan banyakkan zikir Nabi Yunus, mudah-mudahan Allah permudahkan dan naikkan semula uri ke atas, inshaAllah.
Dan yang paling penting, ibu perlu mengambil makanan berkhasiat dan kaya dengan zat besi bagi mengelakkan anemia. Penting ibu dengan PP tidak menghidap anemia kerana anemia hanya akan memburukkan keadaan jika pendarahan yang banyak berlaku.
Tips naikkan hemoglobin (Hb) ibu mengandung ialah dengan mengambil zat besi secara konsisten. Pil zat besi yang disarankan ialah Vitalea Shaklee, inshaAllah sangat berkesan dalam membantu menaikkan Hb ibu hamil.
Jika anda ibu yang mengalami Plasenta Previa jemputlah tinggalkan komen di bawah. Yang pernah mengalaminya juga, saya alu-alukan untuk memberika tips bagi ibu yang sedang mengalami keadaan ini. Jika nak Vitalea atau set vitamin untuk ibu hamil, boleh hubungi saya seperti di bawah ya..
Untuk pembelian, anda boleh menghubungi saya seperti berikut:
Call : 019-6657 302
Whatsapp: http://www.wasap.my/60196657302
Email: farahshoppe@gmail.com
Add Fb saya: Farah Alias untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya: MommyIskandar
Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..
Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila kilk DI SINI
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan
Leave a Reply