House

Pengalaman Plasenta Previa: Episod 1


Pengalaman Placenta Previa

29 nov 2017 saya menjalankan rutin pemeriksaan bulanan seperti biasa. Cuma hati ni lebih berdebar kerana doktor akan mengesahkan betul ke saya mengalami masalah uri di bawah, atau dikenali sebagai Plasenta Previa (pp).

Masuk je ke bilik doktor, soalan pertama yang ditanya ialah.. ada bleeding tak? Semua okay? Ada buat kerja berat? Dan selepas itu terus membuat ujian ultrasound untuk melihat adakah uri saya berubah kedudukan naik ke atas.

Hasilnya? Uri tetap berada pada kedudukan yang sama seperti bulan lepas dan dengan itu, doktor mengesahkan yang saya mengalami plasenta previa, type 4, major.

 

placenta previa 4 type

 

Bila dengar type 4 tu sangatlah membimbangkan sebab memang jelas nampak semasa scan semua uri berkumpul di bahagian bawah rahim, iaitu di tempat laluan baby keluar. Dengar major juga bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Cek baby, alhamdulillah baby okay, sihat.. dan aktif. Syukur.. baby sihat adalah berita yang melegakan walaupun hati gundah dengan pp ni.

Dengan pengesahan pp ni, doktor Irma dari Gombak Medical Centre tak mahu ambil kes saya. Menurut beliau kes saya perlulah di rujuk ke hospital kerajaan secepat mungkin. Diberi pilihan Hospital Besar Kuala Lumpur atau Hospital Selayang, dah pastilah kami memilih Hospital Selayang yang lebih dekat dengan rumah kami.

Menurut Dr Irma, hari tu juga kami perlu ke Hospital Selayang untuk mendapatkan temujanji seterusnya, supaya mudah jika berlaku sebarang kecemasan. Menurut doktor, ibu yang mengalami plasenta previa ni berpotensi untuk mengalami pendarahan bila-bila masa, dan cukup 32 minggu kena admit dan berkampung di hospital. Jadi sebab itulah saya dirujuk ke hospital kerajaan kerana di sana ada bekalan darah yang mencukupi dan kelengkapan yang lebih baik.

Walau begitu, saya tak terus ke Hospital Selayang kerana dalam hati bimbang juga kalau tiba-tiba kena admit ke.. sedih woo nak tinggalkan anak-anak di rumah. Tak pe lah doktor, minggu depan je kami ke sana. Hehe..

Cuma langkah berjaga-jaga memang kena kurangkan buat kerja berat, jalankan rutin harian dengan pergerakan yang lebih “slow motion” dan “listen to your body”.

Bila badan rasa penat, sakit-sakit memang saya akan cepat-cepat berbaring, almaklum mereka yang admit di hospital tu pun sebab doktor suruh “bed rest”.

Jadi sebelum kena bed rest di hospital, baik jaga diri baik-baik, sekurang-kurangnya masih dapat bersama suami dan melihat anak-anak depan mata.

Pada waktu ini, keadaan kesihatan begini, saya dah tak mengharapkan “perfect”. Memang rumah tak dapat nak kemas sangat macam biasa.. begitu juga masakkan tak sesempurna mana.

Janji saya hanya buat semampu saya, kesihatan dan baby priority utama. Alhamdulillah suami dan anak-anak sangat memahami. Mereka membantu mana yang boleh. Syukur sangat..

Kalau kehamilan dulu 3 jam sebelum masuk labour room pun sempat shopping online, lipat kain baju, update blog, jalan-jalan, tapi, pada kehamilan kali ni saya bukan supermom lagi. Menghadkan pergerakkan adalah pilihan paling bijak dan terbaik.. Lebih banyak rehat tu lebih baik untuk mengurangkan risiko yang tidak diingini.

Mungkin Allah nak bagi rehat lebih sikit kali ni. Mencabarnya, emosi juga perlu ditenangkan, banyakkan berdoa, zikir Nabi Yunus, istighfar dan selawat, semoga Allaha permudahkan. Sahabat yang membaca nukilan saya ni, mohon doakan saya dan baby sihat-sihat dan selamat melahirkan ya. 

Bagi yang pertama kali dengar Plasenta Previa ni, bolehlah buat bacaan lanjut DI SINI.

Bagi ibu-ibu yang sama keadaan dengan saya, ada sedikit tips untuk anda di bawah ni..

 

 

Berjumpa lagi di episod kedua..

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

One comment on “Pengalaman Plasenta Previa: Episod 1

  1. Pingback:Pengalaman Placenta Previa : Episod 4 | Mommy Iskandar

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: