House

Pengalaman Plasenta Previa: Episod 2


19 Disember merupakan kali pertama pemeriksaan kehamilan di Hospital Selayang. Debar mesti ada setiap kali nak jumpa doktor. Berbeza dengan kehamilan sebelumnya.

Kalau dulu teruja nak tengok pembesaran baby setiap kali check up, kali ni teruja tu tetap ada, tapi ditambah dengan risau, debar dan mengharapkan berita baik akan saya dengari, walaupun tau harapan tipis untuk ibu yang mengalami Placenta Previa (PP) type 4.

Sampai giliran kami, berjumpa lah dengan 2 doktor muda yang nampaknya macam budak university yang baru grade je. Haha..sempat lagi tu.. Doktor scan dan nampaknya kedudukan uri masih sama dan tiada perubahan. Baby juga dalam keadaan songsang.

Jadi doktor pun menerangkan dengan lebih detail tentang pp type 4 ni, kena masuk wad, ada kemungkinan uri melekat dengan parut caesar terdahulu dan banyak lagi lah.

Hujung penerangan tu, tiba-tiba doktor suruh masuk wad terus pada hari itu juga. Oh my! Biar betul doktor ni? Saya pun cepat-cepat cakap dengan doktor.. “Eh doktor, bukan masuk wad 32 minggu ke? Saya tak sampai pun 32 minggu lagi”. Dengan harapan idea saya diterima.

Alhamdulillah doktor benarkan saya admit pada 32 minggu nanti, iaitu 2 minggu dari sekarang. Lega mak.. walaupun 2 minggu tu tak lah lama mana, sekurang-Kurangnya masih lagi ada masa.

Namun begitu, saya disuruh untuk mengambil suntikkan dexa sebelum balik. 12 jam lagi, saya dikehendaki datang semula ke hospital untuk suntikkan kedua dexa pula.

Suntikkan dexa ni ialah suntikkan untuk mematangkan paru-paru baby. Perlu diambil bagi ibu yang mempunyai risiko tinggi melahirkan bayi pramatang. Antaranya ibu yang mengalami diabetes, tekanan darah tinggi dan PP.

Sakit tak suntikkan dexa ni? Sakit bangatttt! Pertama kali disuntik dengan dexa ni, mashaAllah terkejut dengan sakitnya. Sampai menangis teresak-esak macam budak kecil tau. Haru sungguh kena gelak dengan anak-anak.

Bukan jarum tu yang sakit.. tapi ubat tu sendiri rasa panas menjalar hingga ke seluruh punggung dan pinggang. Dexa dikatakan sakit kerana cairannya yang pekat. Lepas 10 minit pun sakit dia masih kuat terasa. Lepas setengah jam pun masih sengal lagi.

Allah.. dalam hati macam mana lah nak cucuk suntikkan kedua 11 malam ni pula. Tam sanggup rasanya. Tapi demi baby, nak baby keluar sihat dan tak perlu duduk nicu lama, in case bersalin awal, ibu gagahkan juga pergi ke hospital malam tu untuk suntikkan kedua dexa.

Akibatnya? Malam tu memang tak boleh tidur. Mengiring belah kiri sakit. Mengiring belah kanan pun sakit. Baring terlentang memang tak boleh lah kan, perut dah besar. Redha je lah.. mudah-mudahan berganda pahala Allah bagi asbab sakit ini.

Okeylah rasanya cukup setakat tu je.. nanti kita sambung episod 3 ya. Apapun syukur alhamdulillah sampai tahap ini masih belum ada bleeding lagi. Doakan saya dan baby selamat dan dipermudahkan ya.

Dan harap sangat tak ada episod bleeding berlaku hinggalah saya selamat melahirkan. Mudah-mudahan. 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: