House

Cabaran Bisnes Online


cabaran bisnes online

Anda peniaga online? Atau baru nak berjinak-jinak dalam bisnes online ni? Pastinya bisnes online bisnes yang seronok untuk diceburi. Kita tak perlu banyak keluar rumah, kecuali untuk menghantar barang ke rumah pelanggan atau pos barang. Namun cabaran bisnes online tetap ada.

 

Apa cabaran bisnes online? Pada saya yang utama ialah cabaran emosi. Cabaran emosi kita untuk kita sebagai seorang peniaga. Yer lah, bila isteri yang menjalankan bisnes online ni, pastinya kena ‘multitasking'. Kitalah kena uruskan kerja rumah tangga, urus anak-anak sekolah, makan minum dan juga uruskan bisnes dan pengurusan parcel untuk pos. Jika tak kena pengurusan masa, stress juga tau. hehe

 

multitasking

 

Tapi alah bisa, tegal biasa. Mula-mula memang susah, lama-lama pasti boleh adjust dengan jadual yang padat ni. 

 

 

 

Cabaran bisnes online kedua pada saya ialah dalam menangani ragam customer. Contoh mudah ialah kita tak ada kedai. Jadi pelanggan selalu akan minta gambar produk. Nak tengok gambar tu, gambar ni, tapi last-last katanya pada kita “tak pe lah.. saya survey je dulu..”

 

Ada pula yang bank in lambat tapi nak pos pada masa-masa itu juga. Ada juga pelanggan yang marah kita jawab mesej mereka lambat, dan pelbagai ragam pelangan yang kita kena hadam sebagai peniaga online. Jadi memang kesabaran yang tinggi sangat diperlukan bila bertemu dengan pelanggan yang cerewet ni.

 

Selain tu, pelanggan juga ada yang tidak menghormati masa kita sebagai penjual. Selalu telefon pada waktu yang pada saya tidak sesuai seperti waktu Maghrib, selepas pukul 10 malam, malahan ada juga yang telefon selepas pukul 12 malam! Macam pagi tadi, pukul 6.15 pagi, pelanggan 4 kali miss call rasanya sekadar nak bagitau minta pos barang hari ni juga.

 

Inilah sebab mengapa telefon saya selalu dalam mode “silence”. Sebabnya pening dengan bunyi mesej telefon yang bertalu-talu dan tak bersedia menerima panggilan telefon pada waktu yang saya rasa tak sesuai. 

 

Jadi sebagai penjual online kita kenalah hadam dengan perangai pelanggan yang pada saya mencabar kesabaran, apa lagi kalau masa tu anak-anak juga turut meragam, memang kena urut dada tau! 😀

 

Cuma di sebalik ragam pelanggan begini, ada juga terselit kenangan indah pelanggan yang baik hati. Macam semalam, dalam kesabaran saya menangani pelanggan yang pada saya sangat cerewat, namun Allah hadirkan saya pelanggan lain yang murah hati, diberinya lebihan bayaran sebanyak rm 40! Allah.. dalam kesusahan bila kita sabar, Allah bagi kesenangan. Dalam sabar, ada syukur.. alhamdulillah..

 

Dan salah seorang pelanggan yang baik hati, yang saya tak lupakan. Sepatutnya saya menghantar produk kepada pelanggan ini di Ampang. Namun dia pula sanggup datang ambil di Gombak. Tak cukup itu, diberinya pula hadiah beberapa jenis coklat untuk anak-anak katanya.. Wah masa ni rasa seronoknya berniaga kalau ramai customer sporting dan baik hati macam ni. hehe..

 

hadiah coklat

 

Apapun, pengalaman mendewasakan kita sebagai peniaga online. Pengalaman jugalah yang mengajar kita bagaimana nak handle ragam customer dalam situasi tertentu, jadi kita lebih bersabar dan tidak cepat melatah. 

 

Alhamdulillah lebih 10 tahun saya menjalani perniagaan secara online ini, setiap cabaran manis, masin, masam, pahit, saya jadikan sebagai panduan untuk terus mencari rezeki untuk anak-anak. 

 

Jom sahabat semua kita berniaga sama-sama. Mudah-mudahan ada berkah dalam setiap rezeki kita, inshaAllah.. 

 

Jika anda berniat nak join bisnes Shaklee ni, boleh hubungi saya.. kita work as a team dan perniagaan bisnes kesihatan takkan pernah menghampakan, apalagi dalam keadaan dunia diserang virus Covid 19 ini. Stay home, stay healthy dan stay safe ya!

 

bekerja dari rumah

 

Call : 019-6657 302

Whatsapp: http://www.wasap.my/60196657302

Email: farahshoppe@gmail.com

Add Fb saya: Farah Alias untuk chatting secara langsung dengan saya

Klik Like di FanPage saya: MommyIskandar

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..

Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila kilk DI SINI

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

One comment on “Cabaran Bisnes Online

  1. Pingback:Kata-Kata Motivasi | Mommy Iskandar

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: