House

Mengapa B Complex Perlu Untuk Kurus?


Mengapa B Complex Perlu Untuk Kurus

Mengapa B Complex perlu untuk kurus? Eh betul ke B Complex boleh buatkan kita kurus? Bukan makan B Complex lagi membuatkan badan kita naik ke?

 

Ramai yang salah anggap, bila makan B Complex, dikatakan selera makan makin bertambah, justeru badan akan makin montel. Tetapi tahukah anda, B Complex ialah vitamin yang dapat membantu anda menurunkan berat badan anda dengan jayanya. Nak tau kenapa? Jom baca di bawah ni..

 

 B Complex merupakan kelompok vitamin B yang terdiri dari 8 jenis vitamin B, yaitu vitamin B1 (tiamin), vitamin B2 (riboflavin), vitamin B3 (niacin), vitamin B5 (asam pantotenat), vitamin B6 (piridoksin), vitamin B7 (biotin), vitamin B9 (asam folat), dan vitamin B12 (kobalamin).

 

Mengapa B Complex Perlu Untuk Kurus

 

Walaupun B Complex tidak berhubung secara langsung dengan proses penurunan berat badan, namun manfaat vitamin B kompleks ini dapat membantu meningkatkan proses penurunan berat badan melalui:

  1. Metabolisme: Vitamin B kompleks terlibat dalam proses metabolisme karbohidrat, protein, dan lemak. Kelebihan vitamin B kompleks dapat meningkatkan metabolisme dan membantu membakar lemak lebih efektif, sehingga dapat membantu dalam proses penurunan berat badan.

  2. Kesihatan saraf: Vitamin B kompleks juga berperanan penting dalam kesihatan sistem saraf, yang dapat membantu mengurangkan stres dan tekanan. Keadaan stress dan tekanan yang berpanjangan dapat menyebabkan seseorang merasa lapar berterusan atau cenderung makan berlebihan, sehingga dapat mengganggu proses penurunan berat badan.

  3. Membekalkan tenaga: Vitamin B kompleks juga berperanan dalam menghasilkan tenaga. Apabila kita mengambil B kompleks, ia akan membantu menukarkan makanan yang kita makan kepada tenaga dengan cepat. Jadi badan kita akan rasa bertenaga yang berpanjangan, dalam masa yang sama, badan akan menggunakan makanan yang baru dimakan dengan efektif, dan kurang lemak akan disimpan di dalam badan. Fungsi ini, sangat membantu dalam proses penurunan berat badan, dan menjadi punca kenapa ramai orang berasa cepat lapar bila mengamalkan B Complex ini. Kekurangan vitamin B kompleks dapat menyebabkan rasa lelah dan lesu, sehingga dapat mengganggu senaman yang diperlukan dalam program penurunan berat badan.

 

Setelah anda memahami B Complex membantu menukarkan makanan kepada tenaga, bagaimana untuk anda mengurangkan rasa cepat lapar tu? Mudah sahaja kawan-kawan, anda hanya perlu minum banyak air. Setiap kali rasa lapar, cepat-cepat minum air, dan badan akan memberi signal kenyang. Kerana seringkali rasa lapar tu ialah “false alarm”. Hakikat sebenar, badan kita kekurangan air, dan sebaik sahaja kita minum air secukupnya, badan akan kembali tenang, tidak lapar lagi.

 

Walaupun B Complex membantu dalam proses penurunan berat badan, namun harus ditekankan bahawa kejayaan menurunkan berat badan itu bergantung sepenuhnya kepada pemakanan yang anda ambil dan juga aktiviti senaman yang dilakukan. Jadi, jangan lupa jaga 2 perkara ini, dan seterusnya bolehlah disokong oleh vitamin-vitamin lain seperti B Complex untuk menurunkan berat badan.

 

Antara B Complex terbaik di pasaran ialah B Complex Shaklee. Boleh hubungi saya seperti di bawah untuk pembelian atau info lanjut.

Jom join saya di media sosial, klik sini untuk lebih info ya..
Facebook : Farah Alias

Instagram: Pakar_Vitamin 

Whatsapp: KLIK SINI @ Dial terus 019-6657 302

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: