House

Resepi Puding Jagung Mudah dan Sedap


Beberapa hari lepas tak tahu nak buat pencuci mulut apa untuk berbuka. Bila teringatkan ada lebihan jagung manis dalam peti ais, terus teringatkan puding jagung. Puding jagung ni antara favourite yang saya mesti cari di bazar Ramadhan setiap kali berpuasa. Kali ni kita buat sendiri aje di rumah ya.. Semestinya resepi puding jagung yang mudah dan sedap untuk anda semua

 

Resepi ini saya ambil dari blog sifu online masakkan saya Azie Kitchen. Resepinya memang selalu menjadi dan tak menghampakan. Dah cuba resepi ni, memang sedap yakmat. haha.. masuk bakul lah pulak. Ok untuk anda yang sukakan puding jagung ni, jom cuba resepi puding jagung yang mudah dan sedap ni

 

Resepi Puding Jagung yang Mudah dan Sedap

 

1 tin jagung manis (saya guna 3/4 tin je, lebihan sebelum ni)

1 cawan tepung kustard

1 cawan gula pasir

secubit garam

4 cawan santan – guna 2 santan kotak 200 ml + air

 

Cara-cara:

 

  1. Masukkan semua bahan ke dalam satu periuk dan kacau rata menggunakan whisk

 

 

 

2. Kemudian, hidupkan api, dan kacau adunan kuih dengan whisk menggunakan api perlahan.

 

 

 

3. Kacau sehingga adunan menjadi pekat, berat dan nampak berkilat.

 

 

 

 

4. Angkat dan tuangkan ke dalam loyang yang anda sukai. Nak guna loyang agar-agar pun boleh.. tapi saya guna loyang kek 8 inchi aje

 

 

5. Biarkan sekejap kemudian masukkan dalam peti ais

6.Tunggu sejuk, potong cantik-cantik dan ready untuk di makan!

 

Senang je kan? Dulu jenuh tau pusing bazar nak cari puding ni.. rupanya senang aje nak membuatnya. Mujur ada PKP, terus boleh buat sendiri puding ni bila-bila aje. hehe

 

Buat anda semua, selamat mencuba! Share jika anda suka dengan resepi ni okay 🙂

 

Boleh follow saya di Fb ni FARAH ALIAS

atau Instagram saya PAKAR_VITAMIN

 

 

 

 

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Call Now Button Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: