House

Susu Kurang Selepas Bersalin?


Umumnya, ramai ibu yang mengalami masalah susu kurang selepas bersalin. Seakan-akan hampir tiada susu yang menitis sebaik sahaja bayi dilahirkan. Apa yang menyebabkan situasi ini berlaku?

 

Saya pasti situasi ini sangat mengecewakan ramai ibu yang bertekad mahu menyusukan anak secara eksklusif. Mana taknya, hajat di di hati nak menyusukan bayi, tapi susu sangat sedikit. Kenapakah keadaan ini berlaku? Dan sebagai ibu, tentu anda nak tahu kenapa susu kurang selepas bersalin? 

 

Jawapannya ialah kerana kolostrum atau susu awal ibu hanya mula dihasilkan sepenuhnya pada hari ketiga hingga hari kelima kelahiran. Ini kerana, pada hari pertama kelahiran, perut bayi anda hanyalah sebesar guli sahaja. Jadi susu awal yang dilahirkan pada hari pertama, sangat mencukupi untuk bayi anda, sekitar 5-7 mL atau separuh sudu besar sahaja. Jadi pada ibu-ibu, jangan bimbang susu anda tak mencukupi ya, apa yang penting, biarkan bayi anda melekap pada payudara dan menikmati susu anda sebaik sahaja kelahiran.

 

Susu Kurang Selepas Bersalin?

<span style="font-size: medium;">Susu Kurang Selepas Bersalin?</span>

 

Keperluan susu bayi akan meningkat dari hari ke hari. Selepas hari ketiga kelahiran, perut bayi akan menjadi sebesar bola ping pong, dan semestinya kapasiti juga bertambah sekitar 45-60 mL. Seiring dengan itu, susu anda juga akan mula bertambah bagi memenuhi keperluan bayi. Namun, ada beberapa syarat yang anda harus patuhi bagi memastikan susu anda dapat bertambah dengan jayanya. Antaranya ialah:

  • Mematuhi konsep DEMAND AND SUPPLY. Apabila bayi meminta susu, berikanlah susu secara terus kepada bayi tanpa gangguan puting mahupun botol susu. Penyusuan secara terus di awal kelahiran sangatlah membantu menghasilkan susu ibu pada kadar maksimum. Berikan bayi susu sekerap yang diminta. Lebih banyak permintaan, lebih banyak pengeluaran susu akan berlaku
  • YAKIN susu anda mencukupi untuk bayi anda. Jangan sekali-kali menyangka susu tiada atau susu tidak cukup. Jika terasa susu agak kurang, gunakan otak anda untuk meyakinkan diri, “susu cukup untuk anak aku, insyaAllah susu mesti cukup!” Ini ialah RAHSIA TERBESAR di mana, bila otak anda memikirkan susu cukup, signal akan dihantar dari otak terus ke hormon anda untuk merangsang penghasilan susu. Hasilnya? Badan akan menghasilkan susu mengikut keperluan bayi. Ajaib kan?
  • Jangan mengambil jalan mudah dengan memberikan bayi anda susu formula. Pemberian susu formula hanya akan mengurangkan penghasilan susu, kerana ini sudah tidak mematuhi konsep DEMAND AND SUPPLY. Susu akan berkurang dan semakin berkurang jika susu formula diberikan.
  • Teliti cara lekapan bayi. Jika bayi menyusu terlalu lama dan tampak tidak puas, minta jururawat atau ibu yang lebih berpengalaman melihat cara perlekapan bayi anda. Perlekapan bayi pada payudara dengan cara yang betul, dapat memastikan bayi mendapat susu sebaiknya.
  • Pastikan pengosongan payudara berlaku dengan baik. Jika bayi anda menyusu sebentar lalu tertidur, anda boleh merasa payudara anda masih keras. Langkah seterusnya, ambil pam dan pam susu keluar sehingga payudara anda berasa lembut. Pengosongan payudara yang berlaku dengan sempurna, akan merangsang penghasilan susu yang banyak pada sesi penyusuan seterusnya.
  • Pastikan anda minum air kosong atau suam minimum 3L sehari. Banyaknya? Bolehkah minum air banyak dalam pantang? Semestinya boleh! Kerana antara komponen utama susu ialah air. Jika badan ibu tidak cukup air, bagaimana ibu dapat menghasilkan susu dengan banyak? Jadi, pastikan anda minum air secukupnya untuk keperluan bayi anda juga.
  • Akhir sekali, banyakkan mengambil makanan yang dapat membantu pengeluaran susu seperti kurma, susu, kismis, kalsium dan juga makanan berunsur protein. Jika anda tak minum susu, anda boleh mendapatkan pil kalsium Shaklee iaitu Ostematrix. Dan jika anda bimbang anda tak mendapat bekalan protein secukupnya, ESP Shaklee sangat membantu anda! Ostematrix dan ESP bertindak sebagai milkbooster dan sangat membantu bagi ibu yang mengalami masalah penyusuan di awal kelahiran.

 

Berikut ialah antara TESTIMONI ibu yang mengambil ESP bagi membantu masalah susu kurang selepas bersalin.

 

Testimoni 1: Susu Kurang Selepas Bersalin? Sangat Berbeza Dengan ESP

 

esp byk susu lps bersalin

Testimoni 2: Susu Kurang Selepas Bersalin? Sangat Berbeza Dengan ESP

esp lepas bersalin, susu ada

 

Kenapa ESP? Kerana ESP merupakan protein lengkap yang sangat diperlukan oleh tubuh, lebih-lebih lagi ibu menyusu. Ibu yang berpantang lazimnya cenderung mengalami kekurangan protein akibat amalan pemakanan berpantang yang sangat ketat. Justeru, ESP melengkapkan tubuh ibu dengan nutrisi protein penting yang sangat diperlukan oleh badan.

 

Dan jika anda tidak minum susu, pastikan anda juga mengambil Ostematrix atau kalsium Shaklee. Kekurangan kalsium sedikit sebanyak mengganggu penyusuan. Untuk detail lanjut kalsium, sila lihat DI SINI.

 

Mudah-mudahan sedikit artikel saya ini membantu ibu-ibu di luar sana. Yang penting, banyakkan membaca terutama buat ibu muda, agar anda tahu dan faham konsep penyusuan ya. Dan yang paling penting, jangan lupa patuhi konsep DEMAND AND SUPPLY okay? Lebih banyak TIPS PENYUSUAN boleh dilihat DI SINI. 

 

Jika anda berminat mendapatkan SUPLEMEN PENYUSUAN, jangan segan untuk hubungi saya ya. HARGA untuk anda pembaca MommyIskandar.Com.

 

Untuk mencuba produk ini,sila hubungi saya di:

Call / Whatsupp: 019-6657 302

Email: farahshoppe@gmail.com

Add Fb saya: Farah Alias Biz untuk chatting secara langsung dengan saya

Klik Like di FanPage saya: MommyIskandar

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..

 

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: