Menderita Kejang Kaki Semasa Hamil?
Menderita kejang kaki semasa hamil? Memang tak seronok kan. Ye lah, masa mengandung ni kalau cramp atau kejang kaki memang sakit. Nak pula kena “tarik mengkarung” atau “simpul biawak” orang tua cakap. Boleh menjerit kesakitan.
Kenapa ibu hamil cenderung mengalami cramp atau kejang kaki? Sebabnya kekurangan kalsium. Semasa mengandung bayi memerlukan kalsium dari ibu. Jika ibu tidak mengambil suplemen kalsium atau minum susu secukupnya, terjadilah penarikan kalsium dari badan ibu untuk tumbesaran bayi.
Akibatnya ibu mengalami kekurangan kalsium dan menjadi punca kenapa kejang atau cramp kaki sering berlaku. Jadi, ibu-ibu dah tau kan apa punca kejang kaki ni? Nak mngatasinya senang je. minum susu atau ambil pil kalsium secukupnya ya.
Alhamdulillah saya sendiri mengamalkan kalsium setiap malam sebelum tidur. Pernah terlupa ambil 2 malam, terus rasa kaki sedikit kejang malam tu. Cepat-cepat bangun, ambil kalsium, dan dapat tidur lena.
Walau ada yang kata, “alaaa kurang kalsium je..” tapi kesan jangka panjangnya sangat hebat tau. Ia akan menyebabkan gigi ibu mudah berlubang, mudah goyang dan kerapuhan tulang ibu juga mudah berlaku untuk kesan jangka panjang.
Tu sebab ramai wanita tua lebih cepat bongkok berbanding orang lelaki sebab semasa mengandung dan menyusu ni lah penggunaan kalsium banyak digunakan. Saya sendiri, asal mengandung je dulu mesti ada masalah gigi. Gigi berlubanglah, nak kena cabutlah, gusi bengkaklah.
Tapi alhamdulillah selepas konsisten amalkan kalsium, kehamilan kali keempat dan kelima lebih tenang tanpa sakit gigi mahupun kejang yang teruk.
Jadi bagi ibu-ibu hamil di luar sana, pengambilan kalsium sangat penting dalam nutrisi harian. Lebih-lebih lagi kalau anda dah mengalami simptom kurang kalsium seperti yang saya sebutkan di atas.
Berminat nak order kalsium Shaklee? Bolehlah hubungi saya seperti di bawah ya..
Untuk pembelian, anda boleh menghubungi saya seperti berikut:
Call : 019-6657 302
Whatsapp: http://www.wasap.my/60196657302
Email: farahshoppe@gmail.com
Add Fb saya: Farah Alias untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya: MommyIskandar
Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..
Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila kilk DI SINI
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan
Leave a Reply