Pengalaman Kerja Dari Rumah
Assalamualaikum.. terima kasih kerana selalu mengunjungi MommyIskandar.Com. Hari ni saya nak berkongsi pengalaman kerja dari rumah. Mesti ada yang tertanya-tanya seronok ke bekerja dari rumah ni? Bagaimana bermula dan bagaimana kami menguruskan masa.. Okay jom mula..
Saya merupakan seorang pensyarah di kolej perubatan di Kuala Lumpur sebelum diminta berhenti oleh suami ketika baru melahirkan anak ketiga. Masa tu suami cakap “awak bisnes online je lah.. boleh jaga anak-anak.” Di situ bermulalah kisah saya mencari bisnes apa yang sesuai untuk saya pada ketika itu. Ada 3 anak lelaki yang kecil dan boleh tahan lasaknya menyebabkan saya mencari bisnes yang boleh buat sepenuhnya dari rumah.
Di sinilah bermulanya saya mengenali Shaklee dan membaca banyak pengalaman kerja dari rumah melalui blog kawan-kawan online saya. Terus tergerak hati untuk mencuba, dan alhamdulillah dari 2011 sehingga kini saya masih menjalankan bisnes Shaklee dan mengamalkan suplemen Shaklee dalam rutin harian saya.
Susah ke kerja dari rumah ni? Tak susah.. yang susahnya nak menguruskan masa. Jika anda seorang lelaki, mungkin agak mudah. Tapi bagi wanita, kena pandai membahagikan masa antara kerja rumah, anak dan juga bisnes. Kadang saya sendiri keliru, eh sekarang ni dah masa update blog Shaklee, tapi anak nak tidur pula. Kejap lagi masa minum petang, tapi ada meeting online pula. Jadi untuk bisnes online ni, mencabarnya dari segi menguruskan masa. Walaupun kerja di rumah, strategi pemasaran sangat penting bagi membolehkan ramai tahu kita sedang dan serius menjalankan bisnes ini.
Tetapi yang paling menyeronokkan bila kita dapat bersama anak-anak setiap masa. Penat tu tak usah cakaplah, bekerja di luar pun sama penatnya. Dengan nak tempuh jem, keluar bekerja mengikut masa office hour, politik kerja dan sebagainya. Kerja di rumah juga ada cabarannya tersendiri. So apa pilihan kita, kita kena tau, dua-dua pun mencabar dan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Jadi pilihan terletak di tangan kita. Kalau kita dah buat keputusan untuk bisnes, jom lah bisnes betul-betul. Sekarang zaman semua di hujung jari, kerja di rumah pun dapat duit. Saya berbesar hati menerima anda tak kisah sama ada part time atau full time, untuk join group saya dalam menjana pendapatan tambahan. Mudahnya bisnes Shaklee ni, hanya perlu cuba makan vitamin Shaklee, rasakan sendiri perubahan kesihatan anda, inshaAllah anda sendiri pandai berkongsi kebaikkan vitamin secara tak langsung dapat jana income untuk keluarga.
Pengalaman kerja dari rumah ni sangat seronok tau. Ada yang secara part time pun mampu dapat rm 3K, RM 5K sebulan. Yang 5 angka pun ada, janji bagaimana anda menguruskan masa. Boleh KLIK SINI untuk daftar ahli
Atau hubungi saya seperti detail di bawah:
Facebook : Farah Alias
Instagram: Pakar_Vitamin
Whatsapp: KLIK SINI @ Dial terus 019-6657 302
Leave a Reply