House

Pengalaman Menyusu Anak Ketika Berpuasa


Hari ni genap seminggu Ramadhan. Alhamdulillah, ini pengalaman menyusu anak ketika berpuasa yang ketiga bagi saya. Pastinya setiap anak ada pengalaman tersendiri kan..

 

Mengimbas 6 tahun dulu semasa menyusukan anak kedua saya, masa tu pertama kali merasai pengalaman menyusu anak ketika berpuasa. Tak ada persediaan, ingatkan senang je, rupa-rupanya antara tahun paling “tough” saya berpuasa.

 

Masa tu saya tak bekerja, surirumah sepenuh masa. Anak lelaki umur setahun lebih, memang kuat menyusu. Orang tua-tua kata, mengempeng je kerjanya. So dalam pukul 12 tengah hari perut dah mula ngilu-ngilu. Badan pun dah mula letih.. Dalam pukul  5 petang tangan dah menggeletar kerana menahan lapar. Memang tak larat lah, berbaring je bila petang. So tengah hari saya dah siap-siap masak, sebab tau petang nanti saya memang tak larat.

 

Memanglah ada rukhsah untuk membolehkan ibu menyusu anak berbuka, tapi sebab fikirkan saya cuma duduk di rumah, sayang pula kan. So teruskan lah hari-hari Ramadhan saya dengan tabah..

 

Lain pula pengalaman berpuasa anak ketiga, juga lelaki. Pengalaman berpuasa kali ni lebih manis dan tenang sebab masa ni saya dah mula mengenali makanan tambahan / suplemen. Mulanya ambil suplemen sebab susu saya berkurang (sebelum bulan Ramadhan dah start ambil). Jadi menjelang Ramadhan, saya teruskan je suplemen tu macam biasa.

 

Memang sangat-sangat terkejut sebab perbezaannya ketara! Pengalaman menyusu anak ketika berpuasa rupanya lebih cool dan relax dengan suplemen. Kalau tau, dari dulu saya ambil! Saya amalkan ESP Shaklee, Performance Drink, Multivitamin dan Vitamin C.

 

Alhamdulillah, ESP membantu saya lambat lapar, kerana ia rendah glisemik index. Kalau dulu 12 tengah hari perut dah mula bagi signal minta diisi, dengan ESP pukul 2 pm pun masih relax lagi. Performance Drink (PD) pula merupakan air isotonik yang mengelakkan dehidrasi. Maklumlah, menyusukan anak menyebabkan badan kita kehilangan banyak air, ditambah pula berpuasa. So PD membantu mengelakkan dehidrasi dan melambatkan rasa dahaga.

 

Multivitamin pula membekalkan semua nutrisi penting dalam badan saya yang tidak dapat saya ambil melalui sayuran atau buahan. Ia juga membantu saya kekal bertenaga, masak berbuka pukul 4 petang pun larat lagi tau, tak de lah berbaring je macam berpuasa sebelum ni. Dan Vitamin C pula melindungi sel-sel badan saya dari jangkitan penyakit. Alhamdulillah, berpuasa dengan lebih sihat tanpa ada demam, batuk mahupun selsema.. Dengan izin Allah juga.

 

Dan, tahun ini pengalaman menyusu anak ketika berpuasa yang ke-3. Kali ni berbeza sebab saya menyusukan anak perempuan. Sebelum-sebelum ni hero semua.. sangatlah mencabar. Menyusukan gegurl ni lebih mudah. Mungkin kerana dia tak kuat mengempeng macam abang-abangnya. Ditambah pula dengan konsisten mengambil semua suplemen saya, Alhamdulillah Allah permudahkan.

 

Jadi buat ibu-ibu di luar sana yang rasa penat sangat berpuasa sambil menyusukan anak, apa kata cubalah suplemen yang saya sebutkan tadi. Jika budget anda agak terhad, boleh lah ambil ESP sahaja atau pun multivitamin sahaja. Semuanya depends budget, bawah rm 80 pun ada.

 

Cuma pada saya sebagai ibu.. apa salahnya belanja sedikit duit untuk kesihatan kita juga. Dan permudahkan perjalanan penyusuan kita di bulan Ramadhan. Oh ya, bonus kalau ambil suplemen Shaklee semasa berpuasa ni, susu macam biasa je, tak rasa berkurang pun. Alhamdulillah..

 

Nak lihat lebih banyak testimoni pengambilan suplement ketika berpuasa? Klik DI SINI

 

Jom cuba suplemen penyusuan hari ini juga.. Anda mampu berpuasa dengan lebih tenang bersama Shaklee!

 

Call / Whatsupp: 019-6657 302

Email: farahshoppe@gmail.com

Add Fb saya: Farah Alias Biz untuk chatting secara langsung dengan saya

Klik Like di FanPage saya: MommyIskandar

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..

 

 

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar

 

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: