House

Pengalaman Placenta Previa : Episod 4


Pengalaman Placenta Previa : Episod 4

 

Hari pertama di hospital..

 

Bangun pukul 6.15 pagi, masuk bilik air untuk mandi. Tak lama lepas tu dengar nurse bising-bising panggil keluar, doktor datang katanya.

 

Eh awal pulak doktor ni datang subuh-subuh ni. Bergegas mandi, bila keluar, doktor dah habis round wad dah. Tak pasal-pasal kena marah ?.

 

Solat subuh tepi katil je, malas nak ke surau. Dalam pukul 8 sarapan sampai. Dan tak lama lepas tu nurse akan bersihkan katil dan buka semua langsir di wad.

 

Ha masa ni lah baru nampak muka orang sebelah-sebelah. Hehe.. yelah ada je yang suka tutup langsir, termasuklah saya.

 

Apa aktiviti dalam wad selama lebih 40 hari saya ditahan hospital ni?

 

Boleh kata makan, tidur, solat, mengaji dan mengait. Itu je lah. Setiap 3 jam sekali nurse akan datang untuk cek tekanan darah, dan degupan jantung baby.

 

Jadi satu yang melegakan bila berada di hospital ni, saya tahu baby saya okay dan sihat kat dalam sana. Tak perlu risau.

 

Yang risaunya part mental dan hati sendiri. Ye lah rindu kat anak-anak di rumah. Boleh ke suami uruskan anak-anak sekolah.

 

Sampai risaunya tu, buat alarm setiap kali masa anak pergi dan balik sekolah. Dan setiap kali tu akan mesej atau call suami, takut dia lupa. Over thinking sangat kan! Hehe..

 

Apapun sepanjang berada di hospital ni semua okay. Tak ada bleeding macam orang lain. Ramai juga geng placenta previa ni akan mula mengalami pendarahan bila kandungan dah 32 minggu ke atas.

 

Tapi saya tak ada, sampai rasa nak discaj diri sendiri dan balik rumah je. Tapi takut pula risikonya tinggi. Huhu.

 

Cuma dalam 3-4 hari sebelum pembedahan, ada sedikit-sedikit darah keluar, tapi tak banyak. Masa ni dah mula nervous, tapi sebab dalam hospital, bawa-bawa bertenang jugalah.

 

Layanan doktor dan nurse? Semuanya baik-baik. Boleh kata hampir sama dengan layanan di hospital swasta.

 

Bagi ibu-ibu yang nak bersalin di hospital kerajaan pesanan saya doa je banyak-banyak. Dipertemukan dengan doktor dan nurse yang baik-baik je.

 

Nurse punyalah baik kat situ sampai tanya saya nak join dorang tak order makanan kat luar, sebab tau lama mana lah tahan makan makanan kat hospital kan?

 

makanan di hospital

 

 

Orang lain mengandung berat naik, saya duduk makan tidur di hospital berat turun 3 kg! Mana taknya makanan dia memang ‘eat clean' habis, sampai adakalanya tak lalu nak makan. 2 minggu terakhir, memang totally dah tak boleh nak makan makanan hospital. Makan 2-3 suap je..

 

Mujur masa tu ada kawan satu wad dia pandai, dia order makanan dari luar dan siap delivery. Dalam hati, kenapalah tak terfikir benda ni dari awal lagi. haha.. 

 

Jadi ada masanya, saya order jugalah di luar. Tapi kebanyakkan menu dari hospital je.. Walaupun makanan tak sedap mana, anak-anak dan suami tak ada.. tapi satu perkara yang saya selalu rindukan bila berada di hospital ialah saya banyak masa mengaji pagi, petang dan malam. Malahan awal pagi akan habiskan matsurat dan yassin, di mana kalau di rumah perkara ini bukan mudah untuk dilakukan dengan konsisten.

 

Pada saya berada di hospital masa berjalan teramatlah panjang.. kalau masa tu saya catitkan satu persatu, rasanya berjela episod dalam blog ini. Okaylah.. nanti saya sambung di episod seterusnya ya..

 

Bagi yang pertama kali baca coretan saya ni, saya ibu yang berisiko tinggi mengandung uri di bawah. Kalau nak baca dari episod pertama, boleh klik DI SINI ya 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: