Pengalaman Turun Berat Dengan Intermittent Fasting
Assalamualaikum.. hari ni saya nak berkongsi pengalaman turun berat dengan intermittent fasting. Walaupun intermittent fasting ni semakin famous di kalangan mereka yang berdiet, tapi saya pasti masih ramai yang ragu-ragu..betul ke bagus dan berkesan intermittent fasting ni kan? Selepas membaca blog sahabat saya, Nina mengenai IF ni, saya terpanggil untuk menulis pengalaman saya untuk dikongsi di sini.
Saya ialah antara pengamal dan penggemar intermittent fasting. Bagi saya cara diet ini sangat mudah, senang dan fleksibel. Dan pastinya tak renyah nak fikir hari ni nak masak apa, nak makan apa. Apa perlu makan untuk snek sihat petang nanti dan sebagainya. Walaupun mudah, namun jika kita tak menjaga kalori makanan yang diambil, susah juga untuk melihat kesannya.
Walau apapun diet yang kita amalkan, pokok pangkalnya mesti disiplin. Jika disiplin tinggi, pasti nampak kesannya. Alkisah sayalah antara yang tak berapa disiplin tu. hihi.. kejap amalkan, dah turun sikit, mulalah terbabas dan buat-buat terlupa nak buat intermittent fasting ni. Sampailah ke satu bulan Ramadhan ni, suami saya bagitau, raya pertama kita pakai je baju sedondon tahun lepas. Alamak masa tu gelabah katak gak la.. cuba baju raya tu dah sendat macam nangka bungkus!
Apalagi, masa tu saya tak ada pilihan lain selain berdiet dengan disiplinnya. Tak sampai 3 minggu lagi nak raya.. so saya terpaksa buat Intermittent Fasting ni di bulan Ramadhan. alhamdulillah dalam masa 2 minggu lebih tu saya berjaya hilang hampir 10 kilogram!
Bila kita lakukan Intermittent fasting di bulan Ramadhan atau semasa puasa ganti atau puasa sunat, ia dikenali sebagai Islamic Intermittent Fasting (IIF). Bagaimana nak lakukan IIF ni? okay jom saya kongsikan..
Bagi konsep Intermittent Fasting asasnya, kita dibenarkan makan dalam suatu jangka masa sahaja. Tiada had makanan yang diberikan, boleh makan apa sahaja, namun kalau nak kurus tu, kenalah bijak memilih makanan yang rendah kalori kan?
Minimum masa berpuasa ialah 12 jam. 12 jam makan, dan 12 jam berpuasa. Namun masa yang paling bagus dan efektif ialah dengan berpuasa selama 16 jam, dan makan selama 8 jam. Jika anda baru nak cuba intermittent fasting ni, cuba berpuasa dengan 12 jam dahulu ya. Dan uniknya intermittent fasting ni, kita boleh minum air kosong, teh atau kopi yang kosong kalori. Jadi agak mudah jugalah bagi mereka yang sibuk dan tak mampu untuk berpuasa sunat setiap hari. Ini jika bukan di bulan Ramadhan.
Jika di bulan Ramadhan, cara melakukan Islamic Intermittent Fasting ialah pertama sekali masa bersahur, saya memang takkan ambil apa-apa makanan, kecuali air kosong dan teh hijau sahaja tanpa gula. Yerlah sebagai ibu, kita kena bangun juga sahur untuk sediakan makanan buat keluarga, Sambil teman mereka makan, saya minum air sebanyak yang boleh. Dan pilihan teh yang saya ambil ialah Cinch Tea Shaklee yang zero kalori dan tanpa gula. Kenapa saya ambil Cinch Tea ni, sebab ia membantu memberi tenaga, meningkatkan metabolisme badan dan automatik tak mengantuk. Bolehlah bertadarus selepas subuh dan menjalankan aktiviti lain seperti biasa.
Seterusnya berpuasa macam biasa. Hinggalah masa berbuka nanti, kita akan makan macam biasa dengan mengamalkan konsep suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayuran atau buahan. Jika nak cepat turun berat, elakkan ambil air manis waktu berbuka. Kurma tetap ambil macam biasa, sebab ianya sumber tenaga segera dan sunah nabi kita SAW.
Dan jika anda serius nak kurus cantik sebelum raya, amalkan senaman 30 minit sebelum sahur atau 30 minit sebelum berbuka. Dengan mengamalkan Islamic Intermittent Fasting ini, di mana sahur tak mengambil makanan, berbuka tanpa air manis dan bersenam 30 minit, inshaAllah anda akan nampak kesan yang ketara. Bukan sahaja turun berat badan, namun inch loss yang ketara. Kot lah ada yang nak pakai baju kebaya merah macam ahkak ni kan.. 🙂
Dan alhamdulillah, di pagi raya tahun tersebut, saya dapat memakai kembali baju raya saya yang sendat sebelum tu, dengan yakinnya. Syukur alhamdulillah.. usaha takkan mengkhianati hasil. Jika kita mahu, mesti ada jalannya. Jadi pada anda yang rasa ingin mencuba kurus dengan interminttent fasting, bolehlah mencuba ya. Kaedah kurus yang jimat, sihat, selamat dan inshaAllah sangat berkesan. Ramadhan pun bakal tiba tak lama lagi, boleh lah mencuba untuk intermittent fasting sekarang, sebelum sambung dengan Islamic Intermittent Fasting pula di bulan Ramadhan nanti.
Terima kasih sudi berkunjung ke blog mommyiskandar.com.. jika artikel ini bermnafaat, sudi-sudikanlah kongsikan ya
Untuk free konsultasi suplemen apa yang perlu dan sesuai untuk kurus / mengurangkan berat badan, boleh hubungi saya seperti di bawah ya:
Call : 019-6657 302
Whatsapp: http://www.wasap.my/60196657302/CinchTea
Email: farahshoppe@gmail.com
Add Fb saya: Farah Alias untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya: MommyIskandar
Follow Instagram saya: PAKAR_VITAMIN
Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..
Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila kilk DI SINI
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan
Leave a Reply