House

Ramadhan Menjelang.. Supplement Terbaik Untuk Ibu Menyusu?


Sejak kebelakangan ni banyak pm yang saya terima, rata-rata berbunyi begini..

“Salam kak, susu saya cukup-cukup je, bimbang bulan puasa ni tak dapat nak supply susu secukupnya”

“Salam kak, stok saya dah makin berkurang.. baby minum bertambah banyak.. Camana ya bulan puasa ni,bimbang stok tak cukup”

“Salam kak, semalam saya cuba berpuasa sunat, balik keje memang letih sangat dan longlai.. Nak dukung anak pun tak larat.. Apa supplement terbaik masa puasa ya kak?

 

Sejujurnya, Ramadhan yang tiba membawa seribu rahmat dan berkah.. Tak perlu takut pada bulan Ramadhan, sebab Allah dah janjikan banyak kelebihan yang kita dapat dalam bulan ini. Dan bulan ini juga bulan untuk menimba pahala dan menghapuskan dosa..

Dan ajaibnya.. di bulan Ramadhan yang penuh berkah ini, walaupun ibu-ibu berpuasa dan tidak makan dan minum dalam tempoh masa yang panjang, tetapi susu tetap ada. Itulah kebesaran Allah yang Maha Pencipta. Cuma kita sebagai manusia kena berikhtiar supaya susu yang Allah berikan tu, tetap pada kadar kualiti dan kuantiti yang sama seperti tidak berpuasa.

Bagaimana Caranya?

  • Perkara yang paling penting, JANGAN TINGGAL SAHUR, ambil makanan berzat semasa sahur, dan sangat bagus jika dapat makan kurma dan susu pada waktu itu
  • Berbuka dengan kurma, kerana kurma dapat memberikan tenaga segera pada badan kita serta mengukut Sunnah Nabi.. dapat pahala..
  • Minum air yang cukup semasa sahur dan selepas berbuka, pastikan anda ambil air pada kuantiti yang banyak, pada kadar sekurang-kurangnya 3L sehari
  • Pam secara konsisten setiap 3 jam sekali. Jangan sesekali skip masa pam, kerana ia akan menyebabkan susu merudum..
  • Banyakkan berdoa pada Allah, dia Yang Maha Pemberi Rezeki 

 

Namun bagi ibu-ibu yang selalu “terlepas” sahur, atau tak dapat mengambil makanan berzat secukupnya.. anda sangat-sangat disarankan untuk mengambil supplement sebagai persediaan.  Ini bagi memastikan badan kita tak mudah letih, susu berada dalam kadar sepatutnya dan tidak mengalami dehidration.

Supplement terbaik yang saya sarankan ialah:

  1. ESP (Energizing Soy Protein) – Supplement terbaik untuk ibu-ibu menyusu, dan pastinya pengambilannya pada bulan Ramadhan ni sangat-sangat membantu penghasilan susu pada tahap optimum
  2. Performance Drink – minuman tenaga yang dapat membekalkan tenaga serta-merta dan berpanjangan, serta mengelakkan dari dehydration

Nak tengok testimoni customer yang mengambil Shaklee semasa berpuasa? Ini buktinya ya.. testimoni berpuasa pada tahun lepas dan juga puasa ganti tahun ini..

 

 

 

 

 

Bagi yang pernah menyusukan anak masa berpuasa, bulan Ramadhan memang memberikan cabaran bila mana badan rasa tak bermaya, dan sebelah petangnya rasa macam tenaga habis sama sekali. Alhamdulillah, lepas saya sendiri mencuba ambil Shaklee pada tahun lepas,memang jauh berbeza. 

Kalau tahun-tahun sebelumnya, petang je tangan saya menggigil akibat terlalu lapar. Berbeza tahun lepas, dengan Supplement Shaklee saya kekal bertenaga sampai ke petang. Alhamdulillah..

Umpama individu yang ambil supplement dan tidak, boleh diibaratkan seperti rumah yang kosong tanpa perabot dan rumah dengan perabot mewah. Rumah tersebut masih boleh didiami, bezanya selesa atau tidak je. Sama juga masa berpuasa, susu tetap ada, bezanya badan kita ni kekal bertenaga atau tidak, dan kualiti susu juga pastinya jauh  berbeza..

Anda lebih tahu diri anda bagaimana..

Jika anda mahu kekal bertenaga dan memberikan susu terbaik buat si manja anda, ambillah supplement untuk diri anda sendiri dan yang lebih utama bayi kita mendapat khasiat sepatutnya.

Berminat? Sila hubungi saya di:

Call / Whatsupp: 019-6657 302

Email: farahshoppe@gmail.com

Add Fb saya Farah Alias Biz untuk chatting secara langsung dengan saya

 

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

  Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.