House

Testimoni Shaklee Saya


Testimoni Saya

Assalamualaikum. Tahun ini dah 12 tahun saya bersama Shaklee. Alhamdulillah banyak kesan baik yang telah saya dan keluarga saya rasai sepanjang mengambil Shaklee sebagai suplemen harian keluarga kami. Jadi hari ni saya terpanggil nak berkongsi dengan anda semua testimoni Shaklee saya.

 

Pada mulanya saya sendiri pun tak percaya dengan kebaikkan mengambil vitamin. Ada sahabat yang menyarankan saya ambil vitamin, tapi yer lah badan sihat, kulit tiada masalah, tenaga pun ada je, aktif sepanjang hari,, jadi saya tak rasa perlunya ambil vitamin dalam rutin harian saya. 

 

Sampailah saya bersalinkan anak ketiga saya, Arif Iskandar. Susahnya nak kuruskan badan selepas berpantang anak ketiga ni. Disebabkan itu saya telah mengambil satu produk kurus terkenal H******** untuk membantu saya kuruskan badan. Ya, badan memang kurus dan berat turun dengan jayanya, namun susu badan juga turun mendadak! Baby saya masa tu terus mengamuk sepanjang malam kerana tak ada susu. Allah.. masa tu panik memang tak boleh lupa. Esok paginya saya terus google set banyakkan susu badan, dan terjumpa Set Penyusuan Shaklee. Laju-laju order dan alhamdulillah dalam masa yang singkat susu saya kembali normal. Dan ajaibnya susu badan saya mencurah-curah, lebih dari biasa! Memang terbaik betul Set Penyusuan Shaklee ni, memang highly recommended jika anda ibu yang menyusu dan perlukan milkbooster. 

 

Set Penyusuan Shaklee

 

Bukan sekadar susu yang banyak sahaja, saya dapat rasakan perubahan dari segi level energy saya. Badan saya lebih bertenaga, tak mengantuk di waktu siang dan dapat selesaikan banyak kerja dengan lebih mudah. Selain daripada itu, kulit juga semakin cantik dan gebu dengan adanya Vitamin C dan ESP. Dan sesuatu yang saya syukuri, hingga sekarang ni kulit saya terhindar dari jeragat walaupun usia dah masuk 40-an, alhamdulillah. Berkat mengamalkan Shaklee dengan konsisten, semestinya dengan izin Allah juga. 

 

Bagi keluarga saya pula, perkara yang paling melegakan hati seorang ibu ialah bila mana anak bongsu saya yang ‘sangat fragile' dan mudah jatuh sakit, tapi bila mana saya memberinya Nutriferon Shaklee dengan konsisten, kesihatannya bertambah baik. Kalau dulu, sekejap je bermain dengan kawan-kawan atau sepupu yang ada selsema atau batuk, semudah itu dia berjangkit. Dan paling menakutkan boleh masuk ke zon kuning dan zon merah hospital. huhu.. 

 

Tapi alhamdulillah setelah mengamalkan Nutriferon Shaklee, Aisyah semakin sihat, dan jarang-jarang dijangkiti penyakit atau pun demam. Jadi walau macam mana sekalipun, saya akan pastikan Nutriferon adalah antara vitamin yang mesti ada dirumah kami, sebagai ikhtiar perisai dari penyakit berjangkit khususnya. 

 

 

Kalau nak cerita kebaikkan dan manfaat ambi vitamin ni banyak sangat. Dari mengandung, hinggalah dalam pantang, menyusukan dan penjagaan kulit, memang sangat berpuas hati. Tak tukar dah brand yang lain, sebab saya yakin dengan keberkesanannya dan paling penting ia selamat, semula jadi dan tiada bahan kimia yang merbahaya. Itu antara testimoni Shaklee saya, inshaAllah ada kesempatan saya akan berkongsi testimoni lain pula ya. Moga dapat hadiah tajaan istimewa dari AnakkuWiraku 

 

Buat anda di luar sana yang perlukan konsultasi vitamin, jangan segan silu hubungi saya ya. 12 tahun pengalaman dalam Shaklee, boleh katakan hampir semua vitamin saya dah amalkan dengan konsisten. Jatuh cinta berkali-kali, inshaAllah takkan curang dengan brand lain. hehe.. Terima kasih buat anda semua yang selalu berkunjung ke MommyIskandar.Com. Saya doakan anda semua sentiasa sihat dan dalam rahmat Allah selalu. 

 

Jom join saya di media sosial, klik sini untuk lebih info ya..
Facebook : Farah Alias

Instagram: Pakar_Vitamin 

Whatsapp: KLIK SINI @ Dial terus 019-6657 302

 

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: